Harian Metro

4 dirempuh berteduh bawah jejambat

-

Empat penunggang motosikal yang berteduh daripada hujan di bawah jejambat di Kilometer 204.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan berhampira­n Kamunting di sini, kelmarin cedera termasuk dua daripadany­a parah selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda.

Pemangku Ketua

Polis Daerah Taiping, Superinten­dan Razlam Ab Hamid berkata, dalam kejadian jam 5.20 petang, dua penunggang wanita masing-masing berusia 22 tahun termasuk seorang penuntut kolej parah dan dua lelaki cedera.

Menurutnya, siasatan awal mendapati Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 29 tahun dipercayai terbabas dan berpusing lalu melanggar semua mangsa yang berteduh di bawah jejambat berkenaan.

Katanya, penuntut kolej yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda, Umi Umairah Ahmad

Salleh Hudin, 22, patah kaki dan paha kanan manakala penunggang motosikal Honda 125, Siti Nur Atikah Yahaya, 22, parah di kepala.

“Dua lagi mangsa lelaki berusia 19 dan 20 tahun yang menunggang motosikal Yamaha LC135 cedera ringan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia