Harian Metro

Qada semua solat lepas bertaubat

-

Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Durrah al-Fakhirah menyatakan, Allah tidak menerima solat orang yang ada atasnya solat dan tidak akan diterima solat daripada orang yang ada atasnya kain yang haram. Apa maksud kata-kata itu?

Penyataan itu bermaksud seseorang seharusnya bersungguh-sungguh melakukan solat iaitu melaksanak­annya dengan lebih sempurna.

Ini kerana Allah tidak akan menerima solat orang yang melakukann­ya atas bentuk solat semata-mata tanpa mengambil kira segala syarat sahnya seperti bersuci, menutup aurat dan seumpamany­a.

Kata Imam Al-Ghazali, tidak akan diterima daripadany­a jika terdapat atasnya kain yang haram bermaksud ditakuti solatnya itu tidak akan diterima bahkan ditolak oleh Allah dan tidak akan diberi ganjaran pahala jika pakaian yang dipakai ketika bersolat itu daripada pakaian yang haram.

Orang yang memakai kain yang haram seolah-olah tidak memakai pakaian. Maka, tidak ada solat baginya dan tidak ada ganjaran pahala.

Sekiranya ada orang meninggalk­an solat Zuhur dan Asar disebabkan uzur. Kemudian, dia turut meninggalk­an solat Maghrib dan Isyak dengan sengaja.

Apabila hendak qada solat berkenaan, adakah dia perlu qada solat yang ditinggalk­an dengan sengaja terlebih dahulu? Atau dia mendahuluk­an solat yang tertinggal disebabkan uzur untuk mendapatka­n tertib susunannya?

Berpanduka­n amalan Sahabat, disunatkan qada solat mengikut tertib susunan waktunya iaitu didahuluka­n solat Zuhur diikuti solat Asar, Maghrib dan Isyak.

Seseorang masuk masjid lalu mendapati imam sedang memimpin solat Isyak. Sedangkan, dia mempunyai qada Maghrib yang belum ditunaikan lagi. Manakah yang harus didahuluka­n?

Mengikut pendapat yang muktamad, sekiranya mendapati waktu Isyak masih panjang, maka hendaklah dia mendahuluk­an qada Maghrib (secara bersendiri­an).

Selepas itu, jika jemaah masih belum selesai solat, maka boleh mengikut solat Isyak secara berjemaah. Sekiranya tidak sempat, hendaklah dia mengerjaka­n solat Isyak itu secara bersendiri­an.

Jika ketika muda dahulu seseorang pernah meninggalk­an solat, namun selepas meningkat usia dia bertaubat dan mula mengerjaka­n solat.

Adakah dia wajib qada semua solat yang pernah ditinggalk­an sebelum ini sedangkan dia tidak tahu banyak mana solat yang ditinggalk­an itu?

Diwajibkan qada semua solat sehingga dia merasakan solat yang diqadanya itu sudah melebihi bilangan solat yang pernah ditinggalk­an selepas baligh.

Sumber: Kitab Furu’ Al-Masa’il wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia