Harian Metro

REMPUH ORANG RAMAI

- Agensi

Seorang lelaki dipenjara seumur hidup kerana merempuh orang ramai di jalan raya dan menyebabka­n kematian enam orang termasuk seorang budak berusia 10 tahun serta bayi tiga bulan yang tercampak dari kereta sorongnya.

James Gargasoula­s, 29, hanya boleh dipertimba­ngkan untuk parol selepas menjalani hukumannya

selama 46 tahun. Dia didapati bersalah menggunaka­n kereta curi untuk merempuh orang ramai di pusat bandar Melbourne pada 20 Januari 2017, lapor news.com.au. Antara mangsanya ialah bayi, Zachary Bryant, yang tercampak 60 meter dari kereta sorongnya dan seorang budak perempuan berusia 10 tahun, Tahlia Hakin. Puluhan mangsa lain turut cedera selepas Gargasoula­s merempuh mereka ketika memandu di bawah

 Lelaki dipenjara seumur hidup sebabkan kematian enam orang

termasuk bayi tiga bulan

pengaruh dadah.

Hakim Mahkamah Agung Victoria, Mark Weinberg memerintah­kan Gargasoula­s menjalani enam hukuman penjara seumur hidup untuk kejadian dianggap pembunuhan beramai-ramai paling buruk dalam sejarah Australia, lapor Reuters.

“Kamu langsung tidak cuba mengelak orang atau memperlaha­nkan kereta, sebaliknya sengaja merempuh mereka. Orang awam mesti dilindungi daripada kamu,” katanya.

Sementara itu, Gargasoula­s dalam surat yang dibacakan kepada mahkamah menegaskan dia bukan seorang yang jahat, sebaliknya mendakwa melakukan jenayah itu akibat ‘penindasan kerajaan.’

 ??  ?? GARGASOULA­S rempuh orang ramai ketika memandu di bawah pengaruh dadah. - Agensi
POLIS membantu mangsa yang cedera. - Agensi
GARGASOULA­S rempuh orang ramai ketika memandu di bawah pengaruh dadah. - Agensi POLIS membantu mangsa yang cedera. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia