Harian Metro

LAMBANG MEMORI CINTA

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Loket bersalut emas serlah penampilan wanita moden

Sempena musim bunga 2019, Wanderlust + Co memperkena­lkan koleksi loket atau charm pertama mereka, Make It Yours.

Menariknya, semua 44 koleksi loket ini bersalut 14K emas dan direka khas mengikut tona kulit yang berbeza.

Setiap charm ini melambangk­an simbol impian dan memori berharga yang perlu dimiliki sebagai kenangan dan hadiah unik.

Koleksi yang dilancarka­n pada 14 Februari sempena Hari Kekasih untuk menyambut cinta pada diri dan persahabat­an sebagai tanda penghormat­an kepada wanita yang berdikari di dalam kehidupan mereka.

Masih ramai wanita moden era kini yang tidak berani mengekspre­sikan kecantikan dan identiti serta mengenal pasti kekurangan dan kepercayaa­n mereka melalui gaya dan perbualan harian.

Namun ramai wanita yang berani dan memancarka­n kasih sayang di dalam masyarakat. Oleh itu, charm yang direka untuk wanita yang mempunyai pelbagai personalit­i dan ingin membina kisah mereka dengan memilikiny­a sebagai lambang diri mereka.

Suai padankan charm dengan rantai leher, anting-anting atau gelang asas mengikut kisah hidup anda. Gayakan aksesori ini mengikut rentak anda setiap hari.

Dalam kempen terbaru, jenama ini mengetenga­hkan lima wanita yang mempunyai latar belakang berbeza, perjalanan hidup unik dan berkongsi peribadi mereka melalui charm yang dipilih.

Kisah mereka ditonjolka­n sebagai peringatan kepada wanita untuk mencintai diri dan menghargai persahabat­an. Harga charm boleh didapati bermula RM105 sehingga RM160 dan harga rantai leher, anting-anting atau gelang asas bermula dengan RM150.

 ??  ?? KOLEKSI penuh makna kasih sayang.
KOLEKSI penuh makna kasih sayang.
 ??  ?? EKSPRESI personalit­i dengan barang kemas.
EKSPRESI personalit­i dengan barang kemas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia