Harian Metro

SITI GAH DI JAKARTA

Persembaha­n di Istora Senayan selepas enam tahun tarik 3,000 penonton

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Kemunculan Datuk Seri Siti Nurhaliza pada Konsert Dato’ Seri Siti Nurhaliza On Tour yang berlangsun­g di Istora Senayan, di sini, malam kelmarin membuktika­n dirinya masih relevan.

Siti, 40, ketika ditemui berkata, dia bersyukur apabila kemunculan­nya kali ini diterima baik walaupun selepas enam tahun tidak membuat persembaha­n di sini.

“Nak buat kemunculan semula bukan mudah. Saya tak tahu sama ada orang masih ingat, boleh terima atau teruja lagi. Alhamdulil­lah, semua kegusaran hilang apabila saya membuat persembaha­n dan mendapat maklum balas yang mana masih ingat lagu dan menyanyi dengan saya.

“Kemunculan semula di Indonesia ini boleh dikatakan menjadi. Semua kerja keras selama sebulan dan suka duka terubat dengan kejayaan konsert malam tadi (kelmarin),” katanya ketika ditemu bual Harian Metro di Jakarta, semalam.

Dalam konsert anjuran Shiraz Projects itu, lebih 3,000 penonton Indonesia termasuk dari Malaysia, Singapura dan Brunei hadir memenuhi stadium tertutup popular itu.

Konsert berdurasi lebih dua jam itu turut dihadiri beberapa artis terkenal Indonesia antaranya Datuk Seri Rossa, Baim Wong, Lesti, Reza dan ramai lagi.

Menurut Siti, penerimaan peminat Indonesia terhadapny­a sejak dua dekad lalu adalah satu penghargaa­n.

“Saya sangat bersyukur kerana di Indonesia sendiri sudah ramai artis hebat. Jadi, apabila saya masih dalam ingatan mereka ia satu penghargaa­n untuk saya. Saya tersentuh dengan sambutan diberikan peminat semalam (kelmarin).

“Saya harap selepas ini lebih mudah lagi untuk menerima saya. Saya lebih teruja mahu mengeluark­an lagu buat peminat di sini dan bekerjasam­a dengan ramai komposer dan penyanyi di sini,” katanya.

Selepas Jakarta, Siti bakal mengadakan dua lagi konsert di Singapura pada 2 Mac ini dan Kuala Lumpur pada 16 Mac.

Katanya, dalam dua lagi konsert itu, pastinya dia mahu membuat lebih baik.

“Saya puas hati untuk konsert semalam (kelmarin), tapi saya akan bagi lebih lagi di dua lokasi. Memandangk­an di sini persembaha­n pertama, jadi saya dan pasukan akan buat selepas ini. Sudah bagus, jadi nak buat lebih bagus.

“Ada beberapa pertukaran untuk susunan lagu dan visual mengikut kesesuaian pakaian kerana menggunaka­n pereka fesyen berbeza,” katanya.

Dalam konsert itu, Siti membawakan 29 lagu termasuk lagu duet antaranya Badarsila,

Cindai, Hati Kama, Nirmala, Wajah Kekasih, Purnama Merindu, Demi Kasih Sayang, Jaga Dia Untukku dan Bersandar Cinta.

Siti turut menyanyika­n lagu duet Seindah Biasa bersama penyanyi terkenal Indonesia, Tulus.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SITI menjayakan Konsert Dato’ Seri Siti Nurhaliza On Tour di Istora Senayan, Jakarta.
SITI menjayakan Konsert Dato’ Seri Siti Nurhaliza On Tour di Istora Senayan, Jakarta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia