Harian Metro

Dua lelaki melecur kereta nahas terbakar

-

Jasin: Dua lelaki melecur di badan apabila kereta dinaiki terbakar selepas terbabit kemalangan dalam kejadian di Jalan Rim-Bukit Katong di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi, D Satiskumar­an, 27, yang memandu Proton Wira bersama seorang penumpang, D Sathiamurt­hi, 31, masing-masing melecur sebahagian badan.

Kereta dipandu Satiskumar­an itu difahamkan datang dari arah Chabau menghala ke Rim bertembung Honda Accord dipandu Mohd Haizan Kandis, 35.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superinten­dan Arshad Abu berkata, siasatan mendapati kereta dipandu Satiskumar­an berada di laluannya.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian di Kampung Bukit Katong, Honda Accord datang dari arah Rim memasuki laluan bertentang­an lalu bertembung Proton Wira dipandu Satiskumar­an.

“Akibat pertembung­an itu, Proton Wira terbabit terbakar menyebabka­n pemandu dan penumpangn­ya cedera manakala pemandu Honda Accord hanya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kemalangan berlaku ketika cuaca dalam keadaan baik.

Katanya, akibat kemalangan itu, Satiskumar­an dan Sathiamurt­hi yang melecur teruk pada badan kini dirawat di zon merah Jabatan Trauma dan Kecemasan Hospital Jasin manakala Mohd Haizan sebagai pesakit luar.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Dalam pada itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari, PB Reduan Hassan berkata, sepasukan 10 anggotanya dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 8.05 pagi.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, dua kenderaan terbakar dan kami dapati seorang mangsa dikeluarka­n orang awam dan dihantar ke hospital manakala seorang lagi mangsa yang tersepit melecur 50 peratus di badan dikeluarka­n pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak kesihatan,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN dua kereta yang terbabit nahas di Jalan Rim-Bukit Katong, semalam.
KEADAAN dua kereta yang terbabit nahas di Jalan Rim-Bukit Katong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia