Harian Metro

Direman 4 hari

- Garret Dawum am@hmetro.com.my

 Suspek kes penipuan pekerjaan di Kemboja ditahan selepas 23 orang tampil buat laporan

Suspek kes penipuan pekerjaan membabitka­n 47 rakyat Malaysia di Kemboja direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superinten­dan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, perintah reman dikeluarka­n Pendaftar Mahkamah Kuching, Dora Undau.

“Perintah reman terhadap suspek diperoleh untuk tempoh selama empat hari sehingga 28 Februari ini untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Terdahulu, Mustafa memaklumka­n tangkapan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun berhubung kes itu jam 3 petang kelmarin.

“Setakat ini, 23 orang sudah tampil membuat laporan polis berhubung kes terbabit,” katanya.

Pada 11 Disember lalu, 47 warga Malaysia termasuk 40 orang berasal dari Sarawak dan masing-masing tiga dari Sabah serta Selangor, selain seorang dari Kuala Lumpur ditahan dalam serbuan pihak berkuasa di dua rumah berasingan di Poipet dalam Wilayah Banteay Mancheay, 446 kilometer ke utara Phnom Penh.

Difahamkan, serbuan itu atas maklumat risikan mengenai aktiviti perjudian dalam talian sebelum semua individu terbabit ditahan di Penjara Wilayah Banteay Mancheay untuk membantu siasatan.

Bagaimanap­un, hasil rundingan dijalankan dengan kerajaan Kemboja oleh wakil Wisma Putra, kumpulan terbabit dibebaskan sebelum dibawa pulang ke tanah air menggunaka­n pesawat sewa khas oleh Kerajaan Sarawak yang tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK), Ahad lalu.

 ??  ?? ANGGOTA polis membawa suspek ke Mahkamah Majistret, semalam.
ANGGOTA polis membawa suspek ke Mahkamah Majistret, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia