Harian Metro

Komitmen PAMB lindungi kewangan pelanggan

-

awal lagi insurans menjadi subjek yang tabu dalam kalangan rakyat Malaysia kerana tahap kesedaran tidak tertumpu kepada kepentinga­n menangani risiko kewangan. Sedar akan kekurangan ini, Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) terus memegang teguh untuk melindungi rakyat Malaysia dengan menyediaka­n produk insurans yang komprehens­if dalam memenuhi jurang berkenaan.

Ketua Pegawai

Eksekutif PAMB, Gan Leong Hin berkata, pihaknya mahu memberikan bukan sekadar perlindung­an kewangan kepada pelanggan, tetapi turut menjadi sebahagian daripada perjalanan kehidupan mereka.

Bertapak sejak 95 tahun lalu, PAMB memperkena­lkan komitmen jenama yang dinaik taraf dalam meningkatk­an usahanya supaya kekal relevan di antara pesaing yang lain – Mendengar. Memahami. Melaksana di mana ia memperkuku­hkan fokusnya pada hubungan manusia, kesederhan­aan dan inovasi untuk pelanggan sekarang dan masa hadapan.

Gan berkata, pihaknya berpegang pada janji Prudential iaitu ‘Mendengar. Memahami. Melaksana’ yang menjadi teras dalam segala aktiviti atau inisiatif yang akan dijalankan tahun ini.

Seiring dengan komitmen jenama yang berpegang kepada kempen PAMB iaitu baharu, ia memberikan perhatian terhadap kehendak pelanggan masa kini yang sering mencari kemajuan dalam kehidupan.

Tambah Gan, PAMB antara yang pertama memperkena­lkan pelbagai penyelesai­an insurans yang inovatif kepada pelanggan antaranya produk pautan pelaburan yang pertama pada

1997 dan pada 2010, PAMB juga mendahului pesaingnya memberi perlindung­an pranatal seperti PRUMy Child.

“Inovasi terhadap produk menjadi DNA kami di mana kami meletakkan kepentinga­n pelanggan dalam setiap penyelesai­an insurans kami,” katanya.

Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah, PAMB memperluas­kan perlindung­an produk PRUMy Child kepada PRUMy Child Plus di mana ia memberikan perlindung­an kepada bayi IVF yang juga satu-satunya dalam pasaran.

PAMB juga memberikan perlindung­an pranatal dan bayi baru lahir terutama bagi penyakit jaundis dan masalah kongenital sehingga bayi berusia lima tahun*.

Pada 2018, PAMB juga melancarka­n pelan khusus bagi penyakit kanser dengan perlindung­an tertinggi di pasaran sehingga RM2 juta. Pada 2019, PAMB memperluas­kan senarai penyakit kritikal iaitu sebanyak 43 jenis penyakit iaitu perlindung­an tertinggi di pasaran buat masa ini.

Selain memberikan penyelesai­an insurans dalam mengurangk­an masalah bebanan kewangan kepada pelanggan, bantuan kepada golongan kurang bernasib baik antara agenda yang kerap diusahakan PAMB melalui Program Pelaburan Komuniti (PPK).

Gan berkata, PPK adalah berdasarka­n prinsip yang teguh iaitu melaksanak­an perkara yang dilakukan dengan baik. Oleh itu, titik fokus bagi PPK tertumpu kepada perlindung­an kewangan dan pendidikan kewangan.

Menurut Jabatan Statistik, populasi kumpulan B40 di Malaysia meningkat sebanyak 6.6 peratus pada 2017 berbanding 2016. Memahami permasalah­an ini, melalui PRUKasih yang diperkenal­kan pada 2011, PAMB ingin memberikan perlindung­an percuma untuk membantu keluarga yang berdepan dengan beban kewangan dan emosi kerana kehilangan pencari nafkah.

PRUKasih bertujuan memperkasa keluarga berpendapa­tan rendah supaya mempunyai ketahanan dari segi kewangan untuk berdepan dengan ketidakten­tuan dan menggalakk­an mereka membina semula kehidupan masing-masing.

Program ini menyediaka­n perlindung­an kewangan kepada 40,000 isi rumah di 36 komuniti di seluruh negara dan sudah membayar tuntutan berjumlah RM3.7 juta sejak 2014.

Selain itu, PAMB juga turut menitikber­atkan kepentinga­n pendidikan kewangan dan menyedari pendidikan kewangan perlu dimulakan pada usia muda, PAMB memupuk dan membina daya tahan kewangan dalam kalangan masyarakat menerusi program pendidikan kewangan untuk kanak-kanak - Cha-Ching dan Duit Right.

Keseluruha­nnya, program pendidikan kewangan PAMB sudah mencapai lebih 85,000 individu daripada 464 sekolah dan komuniti, dengan usaha berterusan mempromosi­kan tabiat kewangan yang baik dalam kalangan kanak-kanak melalui program pendidikan kewangan mereka.

 ?? Gan ?? GAN Inovasi terhadap produk menjadi DNA kami di mana kami meletakkan kepentinga­n pelanggan dalam setiap penyelesai­an insurans kami”
Gan GAN Inovasi terhadap produk menjadi DNA kami di mana kami meletakkan kepentinga­n pelanggan dalam setiap penyelesai­an insurans kami”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia