Harian Metro

Tertekan, hilang keyakinan diri

-

Mangsa buli siber kerap murung, tertekan selain hilang keyakinan diri seterusnya menjejaska­n kesihatan serta emosi mereka.

Pakar Perunding Kanan Psikiatrik Fakulti Perubatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Dr Osman Che Bakar berkata, itu antara kesan yang sering membelengg­u mangsa buli siber yang menjadi bahan kecaman atau ugutan.

“Buli siber ini tidak sama dengan kes buli konvension­al yang membabitka­n sentuhan fizikal. Ia lebih kepada tekanan emosi.

“Punca kepada gejala buli siber ini pelbagai dan ada kes yang berkaitan dengan bekas kekasih yang melakukan ugutan siber, lelaki atau perempuan yang ditolak cintanya termasuk kecaman daripada rakan-rakan.

“Itu antara bentuk buli siber dan tanpa disedari ia semakin menular dalam kalangan masyarakat kita,” katanya.

Dr Osman berkata, tahap tekanan perasaan yang dihadapi mangsa buli siber ini tidak sampai kepada masalah mental lain seperti skizofreni­a namun mereka akan merasa tertekan dan hilang keyakinan diri.

“Dalam banyak kes juga, pembuli adalah yang lebih dominan sama ada daripada aspek kehidupan ataupun persekitar­an mangsanya.

“Mangsa perlu mendapatka­n rawatan yang betul dengan merujuk kepada pakar kaunseling dan perlunya kumpulan sokongan supaya mereka lebih yakin dengan diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan kes buli siber ini membabitka­n tekanan emosi kerana tidak tahan dengan kata-kata cacian selain malu apabila sering menjadi sasaran di media sosial.

Katanya, kaedah terbaik adalah membentuk keyakinan diri selain kesedaran masyarakat awam supaya tidak mengkelask­an individu tertentu dengan kata-kata yang memalukan.

“Jika tidak dirawat, mangsa buli siber ini akan menghadapi tekanan emosi yang sangat serius,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia