Harian Metro

Rahsia belakang kabinet

- Hasbi Sidek am@hmetro.com.my

 Taktik pusat hiburan bina laluan sulit terbongkar, 24 GRO warga asing dicekup

Kedudukan kabinet dihiasi arak mahal di satu sudut di sebuah pusat hiburan menimbulka­n curiga sebelum ia dikesan dijadikan pintu masuk ke laluan rahsia bagi menyembuny­ikan wanita pelayan pelanggan (GRO).

Perkara itu dibongkar anggota Bahagian Antimaksia­t, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor ketika menyerbu pusat hiburan tiga tingkat di Bandar Puteri di sini, awal pagi semalam.

Selepas pintu kabinet dibuka, laluan berkenaan menuju ke tangga dalam keadaan gelap sebelum pihak berkuasa menemui semua GRO terbabit di tempat persembuny­ian itu.

Terdahulu, dalam serbuan jam 1 pagi, polis menunggu hampir 20 minit di luar premis apabila pusat hiburan terbabit memutuskan bekalan elektrik dan mematikan muzik seolah-olah sudah ditutup.

Selepas panggilan tidak disahut supaya pintu dibuka, pihak polis memecah masuk pusat hiburan sebelum membuat pemeriksaa­n dan menahan 24 GRO warga asing di satu lokasi persembuny­ian.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superinten­dan Mohd Khaizam Ahmad Shahbudin berkata, polis menahan 24 wanita warga asing dipercayai GRO terdiri daripada 19 warga Vietnam, tiga wanita Laos dan dua warga Thailand di premis itu.

Katanya, mereka yang berusia antara 21 hingga 30 tahun dikenal pasti menyalah guna pas lawatan ke negara ini.

“Seramai 20 lelaki warga asing tediri daripada Bangladesh dan Myanmar yang bekerja di premis itu ditahan manakala wanita tempatan dipercayai penjaga premis ditahan bagi membantu siasatan.

“Ketika kami masuk ke premis ini, bahagian pub di tingkat bawah kosong tanpa pelanggan atau GRO selain muzik dan bekalan elektrik dimatikan sebelum anggota polis melakukan pemeriksaa­n di tingkat dua dan tiga menempatka­n bilik karaoke,” katanya ketika ditemui di lokasi selepas operasi berakhir.

Katanya, pemeriksaa­n di tingkat tiga menemui satu laluan ditutup dengan kabinet dan mendapati ia menjadi tempat persembuny­ian GRO sebaik berjaya dibuka.

“Pusat hiburan ini sudah 10 kali diserbu pihak berkuasa namun masih degil menjalanka­n kegiatan tidak bermoral,” katanya.

 ??  ?? KABINET menempatka­n arak mahal digunakan sebagai pintu masuk ke laluan rahsia untuk menyembuny­ikan GRO.
ANTARA kalung untuk GRO yang dirampas. SERAMAI 24 wanita warga asing ditahan ketika serbuan, semalam.
KABINET menempatka­n arak mahal digunakan sebagai pintu masuk ke laluan rahsia untuk menyembuny­ikan GRO. ANTARA kalung untuk GRO yang dirampas. SERAMAI 24 wanita warga asing ditahan ketika serbuan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia