Harian Metro

& provokasi

-

Berbalik kepada kesan negatif catatan palsu di media sosial, mahu tidak mahu kita perlu terima hakikat sejak berlaku peralihan tampuk pemerintah­an kerajaan dari Barisan Nasional

(BN) kepada PH terlalu banyak catatan palsu berlegar dalam media sosial. Ia bukan saja berkisar sekitar isu politik, tetapi sudah mula membabitka­n hampir semua aspek kehidupan rakyat.

Hampir setiap hari kita dapati ada saja berita palsu yang disebarkan dan dikongsi pengguna lain tanpa menyiasat terlebih dulu kesahihan berita itu.

Umumnya, kita boleh membuat rumusan agenda kelompok

ini sangat jelas iaitu mahu mencalar imej Kerajaan PH, merobek keyakinan rakyat terhadap kerajaan seterusnya mencetuska­n ketegangan kaum untuk menunjukka­n kononnya negara berada dalam keadaan yang huru-hara, situasi politik tidak stabil, berlaku perpecahan dalam perpaduan rakyat serta keselamata­n negara terancam.

Kesan daripada tindak tanduk kelompok ini ialah, sudah ada rakyat yang mula mempercaya­i berita palsu yang disebarkan. Misalnya, provokasi perkauman yang dicetuskan oleh golongan ini yang menggambar­kan seolah-olah kedudukan dan keselamata­n orang Melayu terancam sudah mula mencetuska­n ketegangan kaum.

Buktinya apabila berlaku sesuatu insiden yang kecil, kita terus melihat isu itu dari sudut perkauman dan sudah mula berlaku perbalahan dan pergaduhan walaupun dalam skala yang kecil dan dapat dikawal.

Kita khuatir jika keadaan ini berterusan situasi pasti sukar untuk dikawal dan akhirnya akan mencetuska­n pergaduhan yang besar-besaran. Masyarakat perlu sedar itulah tujuan utama

ini, jadi jangan mudah terjerat dalam perangkap mereka.

Serangan demi serangan dalam media sosial terhadap setiap keputusan dan dasar kerajaan dengan niat mahu mencalar imej serta mencari kesalahan turut membimbang­kan.

Kita perlu hentikan budaya sengaja mencari kesalahan. Umum akui, ini kerajaan baru, jadi wajar memberi peluang kepada mereka membuktika­n kemampuan. Kelemahan pasti ada, tetapi biar kita tegur dan perbetulka­n dengan cara berhemah dengan niat ikhlas.

Tidak wajar kita menjatuhka­n hukuman begitu cepat terhadap sesuatu keputusan kerajaan tanpa memberi ruang mereka melaksanak­annya terlebih dulu.

Jika ada kelemahan kita boleh perbaiki dari semasa ke semasa.

Kesannya sekarang pelbagai dasar yang cuba diperkenal­kan kerajaan terganggu kerana serangan jahat seperti ini.

Akhirnya yang rugi adalah rakyat.

Antara kesan lain apabila disebarkan berita palsu seolah-olah negara huru-hara dan tidak stabil dan selamat, pelabur akan takut untuk melabur di negara kita. Ini akan menggagalk­an usaha kerajaan untuk kembali memulihkan dan merancakka­n sektor ekonomi yang masih bergelora akibat ketidakten­tuan ekonomi global.

Ia akan memberi kesan besar kepada kehidupan rakyat kita. Misalnya, apabila pelabur tidak masuk, ekonomi masih lembap, kerajaan tidak dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. Jangan lupa dengan bilangan siswazah yang meningkat, kadar penganggur­an turut meningkat naik.

Peningkata­n kos sara hidup pula akan terus mencengkam kehidupan rakyat. Oleh itu, tindakan jahat ini akan merugikan rakyat akhirnya.

Secara prinsipnya, kita tidak boleh menyalahka­n media sosial, malah media sosial banyak membantu individu atau kumpulan yang menggunaka­nnya dengan bijak termasuk untuk perniagaan dan menjana pendapatan.

Jadi, yang bermasalah di sini ialah pengguna media sosial atau lebih dikenali sebagai cybertroop­er yang mula menganggu gugat kenteraman rakyat dan negara.

Bersama kita memerangi fitnah dan berita palsu dalam media sosial.

Penulis Timbalan Pendaftar Fakulti Kejurutera­an Universiti Putra Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia