Harian Metro

Cara betul ucapkan takziah

-

Abu ‘Umarah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang mukmin yang mengucapka­n takziah kepada saudaranya disebabkan suatu musibah melainkan Allah SWT akan memakaikan­nya dengan pakaian kemuliaan pada hari kiamat kelak.” (Riwayat Ibn Majah - 1601)

Imam Al-Sindi dalam syarahanny­a ke atas hadis itu berkata: “Takziah kepada saudaranya adalah dengan cara menyuruhny­a supaya bersabar. Seperti ucapan ‘semoga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada kamu’ dan seumpamany­a.” (Rujuk Hasyiyah Al-Sindi ‘ala

Ibn Majah - 1/486)

Ucapan sebegitu menepati anjuran Rasulullah SAW seperti yang disebutkan dalam riwayat daripada Usamah bin Zaid r.a berikut bahawa Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya bagi Allah SWT apa yang Dia ambil dan milik-Nya jualah apa yang Dia berikan. Semuanya ada ajal (tempoh masa) yang tertentu di sisi-Nya. Perintahka­nlah dia (perempuan itu) untuk bersabar, nescaya kamu akan mendapat ganjaran.” (Riwayat Al-Bukhari - 7377)

Seseorang itu boleh saja mengucapka­n takziah di hadapan mereka yang ditimpa musibah itu atau boleh untuk seseorang mengucapka­n takziah secara bertulis dan mengajak orang ramai turut mengucapka­n takziah kepada keluarga si mati seperti yang dilakukan di Facebook, WhatsApp dan seumpamany­a.

Boleh juga bagi seseorang mewakilkan orang lain menyampaik­an takziah kepada orang ditimpa musibah bagi pihaknya seperti berlaku dalam hadis Usamah itu apabila Rasulullah SAW menghantar wakil untuk mengucapka­n takziah atas musibah yang menimpa.

Dibolehkan bagi seseorang yang mendengar atau mengetahui berita kematian melalui WhatsApp untuk berpada dengan ucapan takziah melalui lisan saja iaitu mengucapka­n istirja’ dan doa keampunan kepada si mati.

Bagaimanap­un, digalakkan untuk menulis ucapan takziah dengan lafaz yang betul bagi memulakan sunah yang baik.

Ini berdasarka­n hadis yang diriwayatk­an Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengajak ke arah petunjuk (kebaikan), dia mendapat pahala seperti mana pahala mereka yang mengikuti petunjuk itu. Dalam keadaan yang demikian itu tidak mengurangk­an pahala mereka sedikit pun.” (Riwayat Muslim - 2674)

Sumber: Al-Kafi Li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia