Harian Metro

Tak boleh tunggu giliran

- Mahaizura Abd Malik cnews@nstp.com.my

“Anak saya perlu dibedah segera jika tidak nyawanya mungkin terancam,” demikian kata Muhammad Saiful Ismail, 33, bapa kepada bayi berusia dua bulan yang menghidap masalah injap jantung.

Bapa kepada lima anak berusia antara dua bulan hingga lapan tahun itu berkata, Muhammad Aidan Whaiz dirujuk ke hospital swasta di Pulau Pinang selepas mereka tidak lagi mampu menunggu giliran panjang di hospital kerajaan.

“Mengikut keadaan kesihatann­ya, pakar memberi cadangan bayi saya perlu dibedah segera untuk menyelamat­kan nyawanya.

“Jadi, kami terpaksa ke hospital swasta kerana tempoh menunggu giliran di hospital kerajaan mengambil masa antara tiga hingga empat minggu untuk mendapatka­n tarikh pembedahan.

“Pembedahan ini bagi membetulka­n injap jantung sebelah kiri yang tiada lubang,” katanya.

Menurutnya, mereka menghadapi masalah kewangan bagi menampung jumlah kos pembedahan dan rawatan di hospital swasta dianggarka­n RM80,000.

“Dengan pendapatan saya sebagai penjawat awam, jujurnya memang kami buntu untuk menyediaka­n wang itu dalam masa terdekat.

“Namun kami juga tidak sanggup lagi melihat anak menderita berselirat dengan wayar dan masih menggunaka­n mesin bantuan pernafasan.

“Kadangkala hati saya sendiri terusik melihat bayi kami menangis dalam keadaan tidak bersuara hanya air mata mengalir keluar dari kelopak matanya,” katanya.

Katanya, berharap ada pihak sudi memudahkan urusan mereka sekeluarga dengan menyalurka­n sumbangan di akaun BSN 1011629000­182607 atas nama isterinya, Ramziah Abdullah.

“Saya merayu mana-mana pihak sudi menyumbang bagi membolehka­n pembedahan bayi kami dijalankan segera.

“Kami khuatir jika pembedahan lewat dijalankan, sesuatu yang lebih buruk menimpa anak kami,” katanya.

 Bayi 2 bulan hidap masalah jantung perlu dibedah segera

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Aidan Whaiz memerlukan RM80,000 untuk
menjalani pembedahan.
MUHAMMAD Aidan Whaiz memerlukan RM80,000 untuk menjalani pembedahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia