Harian Metro

Pasang CCTV minggu depan

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

 Ahli Parlimen keluar duit sendiri pasang kamera litar tertutup di surau diletak patung

Surau Sabilul Huda di Taman Pendamar Indah di sini, bakal dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) selewat-lewatnya pada minggu depan.

Ia bagi mengelakka­n kejadian tidak diingini berikutan dua insiden penemuan patung berhala di surau terbabit sejak Rabu lalu.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, pihaknya akan membuat permohonan kepada Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi peruntukan CCTV itu.

“Pejabat saya akan memberi sokongan untuk memasang secepat mungkin CCTV di beberapa sudut surau ini menerusi nasihat kontraktor.

“Kami jangka pasang Selasa dan Rabu ini.

“Jika tidak dapat, saya akan menggunaka­n wang saya sendiri untuk memasang CCTV di surau ini.

“Selain itu, kami juga mengadakan satu program berbentuk perpaduan April ini bersama penduduk Taman Pendamar Indah dan juga ahli jawatankua­sa (AJK) serta kariah surau bagi menjana perpaduan dan kesefahama­n yang lebih erat antara kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Surau Sabilul Huda, Idris Mazlan, AJK serta kariah surau itu, di sini, semalam.

Charles berkata, kejadian meletakkan patung di surau tidak seharusnya berlaku memandangk­an negara ini daripada pelbagai kaum dan juga agama.

Sementara itu, Idris berkata, pihaknya menyambut baik usaha Charles yang meluluskan peruntukan segera kepada surau itu untuk memasang CCTV.

“Saya meminta masyarakat supaya tidak menularkan isu ini lagi bagi mengelakka­n berlakunya ketegangan antara kaum.

“Biar pihak berkuasa siasat dan selesaikan isu ini dan kita jangan ambil tindakan sendiri,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan dua lagi patung berhala ditemui di atas pagar pintu masuk Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah, Pelabuhan Klang, kelmarin.

Kejadian itu adalah kali kedua selepas sebuah patung berhala Datuk Gong ditemui di pintu masuk surau berkenaan namun, pada Rabu lalu.

 ??  ?? CHARLES (tengah) bersama Idris (empat dari kiri) dan AJK Surau Sabilul Huda di Taman Pendamar Indah, Pelabuhan Klang.
CHARLES (tengah) bersama Idris (empat dari kiri) dan AJK Surau Sabilul Huda di Taman Pendamar Indah, Pelabuhan Klang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia