Harian Metro

Usaha pujuk pengundi tegar

-

mengekalka­n kerusi yang dirampas dari BN itu.

Kelebihan ada pada beliau yang berusia 30 tahun, orang muda, bertenaga dan mampu menarik pengundi muda bersama-samanya membawa kemenangan besar kepada PH.

Usaha lebih gigih perlu dilakukan jentera parti pemerintah bagi menembusi baki pengundi yang merupakan pengundi tegar BN khususnya di kampung-kampung tradisi.

Terdapat lebih 12 kampung dalam DUN Semenyih dan ia sebelum ini adalah kubu kuat BN yang sememangny­a sukar ditembusi.

Apa pun kelebihan kepada Muhammad Aiman. Jentera PH mengerahka­n seluruh tenaganya dari pucuk pimpinan hingga pimpinan pusat di semua peringkat turun padang bagi memastikan kerusi itu kekal milik parti pemerintah.

Sokongan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri memberikan suntikan kepada jentera Muhammad Aiman memastikan dapat membenamka­n pencabar-pencabarny­a. Janji beliau mahu berkhidmat dan menjadi pekerja rakyat akan dipegang oleh pengundi-pengundi yang memilihnya nanti.

Segala masalah DUN Semenyih pasti dapat diselesaik­an dengan pantas kerana tumpuan penuh diberikan kepada kawasan ini selama kira-Kira 14 hari berkempen.

PH sudah melupakan kepahitan di Cameron Highlands.

Muhammad Aiman kini meneruskan langkahnya dengan lebih yakin mahu mengekalka­n kerusi yang pernah menjadi milik bapa mentuanya dalam kempen pusingan akhir ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia