Harian Metro

Polis buka dua lagi kertas siasatan

- Hairulazim Mahmud azim@hmetro.com.my

Hulu Langat: Sebanyak dua lagi kertas siasatan dibuka, menjadikan jumlah keseluruha­n lapan kertas siasatan dibuka daripada 28 laporan polis sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sejak 16 Februari lalu hingga 11 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superinten­dan Mohd Sabri Abdullah berkata, dua kertas siasatan itu melibatkan satu lagi kesalahan menurut Akta Pilihan Raya 1954 iaitu memberi ceramah tanpa permit dan satu kes di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat).

“Terbaru pada 23 Februari, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki mendakwa dua gegantung calon PRK dipotong di kawasan Taman Tasik Semenyih.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat). Setakat ini pihak polis masih menjalanka­n siasatan,” katanya di Balai Polis Semenyih di sini, semalam.

Katanya, sehingga kelmarin, sebanyak 154 permit kempen politik dikeluarka­n oleh polis iaitu 78 permit untuk Pakatan Harapan, 66 kepada Barisan Nasional (BN) dan 10 permit untuk Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Dalam perkembang­an lain, Mohd Sabri berkata, proses pengundian awal Selasa ini membabitka­n 951 pegawai dan anggota polis.

“Seramai 854 pegawai dan anggota polis akan mengundi di Kem Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih dan di IPD Kajang seramai 97 anggota.

“Proses pengundian awal di Kem Batalion 4 PGA bermula 8 pagi hingga 5 petang, manakala di IPD Kajang bermula 8 pagi hingga 4 petang,” katanya. – BERNAMA

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih memasuki pusingan kedua.

Sehingga kini, kedua-dua calon paling sengit iaitu Muhammad Aiman Zainali dari Pakatan Harapan (PH) dan Zakaria Hanafi yang mewakili Barisan Nasional (BN) sudah bertemu ramai pengundi.

Tidak ketinggala­n juga calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Nik Aziz Afiq Abdul dan calon BEBAS Kuan

Chee Heng yang tidak kurang hebatnya berkempen dengan taktik masing-masing bagi menarik pengundi pada hari pengundian 2 Mac ini.

Berbaki enam hari lagi, sudah pastinya jentera parti masing-masing semakin rancak dan agresif mendekati pengundi.

Pengundi atas pagar sudah pastinya menjadi sasaran utama semua calon.

Terdapat 10,628 atau 19.5 peratus pengundi di Semenyih adalah berumur antara 21 hingga 29 tahun manakala 13,348 pengundi atau 24.49 peratus berumur 30 hingga 39-adalah kumpulan pengundi terbesar.

DUN Semenyih memiliki 54,503 pengundi berdaftar dan yang membawa kemenangan kepada PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah pengundi muda.

Bagi Muhammad Aiman, usahanya dan jentera PH ialah memastikan pengundi tradisi mereka pada PRU lalu kekal setia bersama PH. Cara itu, mereka pasti berjaya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia