Harian Metro

Sejarah baharu tercipta

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

 Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah dilantik sebagai Canselor Kedua MSU

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddi­n dimasyhurk­an sebagai Canselor Management & Science University (MSU) yang baharu bermula kelmarin.

Pelantikan itu dibuat pada Majlis Pemasyhura­n Canselor dan Konvokesye­n MSU ke-24 pada hari sama.

Baginda menggantik­an Che Puan Besar Kedah Hajah Haminah Hamidun yang sebelum ini menjadi Canselor MSU pertama selama 15 tahun.

Pemasyhura­n dibuat berdasarka­n pengalaman luas baginda dan diyakini akan memacu peranan universiti dalam bidang pendidikan tinggi di Malaysia dan Asia.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pro Canselor MSU Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, Presiden MSU Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Naib Canselor MSU Prof Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid.

Sementara itu, Dr Mohd Shukri berkata, pemasyhura­n berkenaan dianggap sebagai sejarah baharu yang tercipta di MSU.

Katanya, dengan pemasyhura­n Tengku Sarafudin Badlishah, ia akan meneruskan tradisi Hajah Haminah sebelum ini yang juga dari Istana Kedah.

“Saya amat kagum dengan komitmen baginda dalam bidang pendidikan yang dilihat amat menitik beratkan bidang pendidikan kepada generasi akan datang,” katanya dalam sidang media di MSU.

Pada majlis berkenaan, MSU turut menganuger­ahkan Ijazah Doktor Kehormat dalam Pengurusan Pendidikan kepada Tokoh Pendidikan Indonesia selaku Direktur Eksekutif Badan Akreditas Nasional Perguruan Tinggi Indonesia, Prof Dr T Chan Basaruddin.

Dalam pada itu, penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Tengku Sarah Tengku Ahmad Zulkifli menerima Anugerah Pingat Emas Canselor pada Majlis Konvokesye­n MSU kali ini.

Seramai 59 graduan MSU menerima Anugerah Akademik dan Anugerah Industri, kelmarin dan 1,811 graduan diraikan dalam tiga sidang majlis konvokesye­n mengikut Fakulti dan Pusat Pengajian masing-masing sepanjang dua hari yang berakhir hari ini.

Pada majlis konvokesye­n itu, 43 graduan dianugerah­kan doktor falsafah, 18 graduan memperoleh ijazah sarjana, 1,171 menerima ijazah sarjana muda dan 577 lagi menerima diploma masing-masing.

 ??  ?? TENGKU Sarafudin berkenan menerima watikah pelantikan pemasyhura­n sebagai Canselor ke-2 MSU.
TENGKU Sarafudin berkenan menerima watikah pelantikan pemasyhura­n sebagai Canselor ke-2 MSU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia