Harian Metro

UM wakili Malaysia ke Amerika Syarikat

-

Shah Alam: Universiti Malaya (UM) terpilih mewakili Malaysia ke pertanding­an Phillip C Jessup Internatio­nal Law Moot Court di Washington, Amerika Syarikat, yang akan berlangsun­g bulan hadapan.

Ia selepas UM yang diwakili Caysseny Tean Boonsiri, 21, (oralis); Amiratu Al Amirat Garbaa, 23, (oralis); Lily Sabreena Mastura, 23, (peguam cara); Nur Aliya Ayob, 22, dan Gabrielle Nicholas Rohan, 23, muncul juara keseluruha­n, dengan mengenepik­an cabaran tuan rumah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) di gelanggang sendiri dalam pertanding­an berkonsep perundanga­n berkenaan di peringkat kebangsaan.

Amiratu Al Amirat berkata, beliau percaya UM dipilih susulan keunikan perbalahan yang digunakan pada hari ini sekali gus berjaya memenangi pertanding­an berkenaan.

“Maklumat serta permasalah­an yang kami terima serta pihak lawan adalah sama. Mungkin kita lebih kreatif dan inovatif serta menggunaka­n hujah-hujah yang lebih teknikal pada hari ini.

“UiTM memberi tentangan hebat dengan hujah mereka yang bernas, namun cara penyampaia­n kami yang lebih tegas dan berkeyakin­an ketika berhujah mungkin menambat hati juri,” katanya kepada pemberita selepas berakhirny­a pertanding­an Phillip C Jessup Internatio­nal Law Moot Court peringkat kebangsaan, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang menyusun strategi yang baharu dalam menghadapi pertanding­an yang akan berlangsun­g di Washington itu bermula 31 Mac sehingga 6 April depan.

“Banyak persediaan yang kita kena lakukan. Sudah tentu yang akan bertanding di Washington itu adalah pasukan dari sekolah perundanga­n yang hebat-hebat.

“Namun, kami percaya akan membuat yang terbaik serta memperbaik­i kelemahan yang ada dengan berbaki masa 36 hari lagi,” katanya.

Beliau dan rakan-rakannya turut berterima kasih kepada jurulatihn­ya, Raphael Kok serta pensyarah dan rakan yang banyak membantu mereka sehingga berjaya dan mewakili Malaysia nanti.

Dalam pertanding­an berkenaan, Caysseny Tean turut dinobatkan oralis terbaik selepas memberikan hujah hebat daripada segi teknik penstruktu­ran fakta, gaya penyampaia­n dan pengolahan.

 ??  ?? KUMPULAN UM menjuarai Pertanding­an Philip C Jessup Internatio­nal Law Moot Court Peringkat Kebangsaan di Fakulti Undang-Undang UiTM.
KUMPULAN UM menjuarai Pertanding­an Philip C Jessup Internatio­nal Law Moot Court Peringkat Kebangsaan di Fakulti Undang-Undang UiTM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia