Harian Metro

Tatu salah

-

 72 geng diwarta haram

Mana-mana individu yang mempunyai tatu atau lambang kumpulan kongsi gelap yang diwartakan haram adalah salah dan boleh ditahan, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa.

Rohaimi berkata, 72 kumpulan kongsi gelap diwartakan haram oleh Kementeria­n Dalam Negeri pada 2013 di bawah Akta Pertubuhan 1966 kerana menjalanka­n kegiatan memudaratk­an ketenteram­an awam di negara ini.

Beliau berkata, antara kumpulan kongsi gelap dikesan masih aktif adalah Sio Sam Ong, Ngo Sek Kee, Geng 360, Geng Double 7, Geng 3 Line dan Geng 36.

“Buat masa ini penggunaan tatu bercorak kongsi gelap yang diwartakan haram dikesan berkuranga­n, namun identiti mereka dapat dikesan melalui pelekat dan banner tertentu.

“Identiti kumpulan kongsi gelap akan jelas dikesan ketika upacara pengebumia­n atau keramaian,” katanya.

Beliau berkata mereka yang memiliki lambang atau tatu kumpulan kongsi gelap akan didakwa mengikut Akta Pertubuhan 1966 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.

Sementara itu, Rohaimi berkata, seramai 369 anggota kongsi gelap sudah ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dalam tempoh lima tahun bermula 2014.

“Perlaksana­an Op Cantas Khas dengan menggunaka­n POCA dan Akta Kawalan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2002 memberi impak yang positif kepada usaha membantera­s aktiviti kongsi gelap,” katanya.

Beliau berkata, tindakan proaktif pemaju dengan menempatka­n pengawal keselamata­n dan kamera litar tertutup (CCTV) di tapak projek di kawasan bandar menyebabka­n kumpulan kongsi gelap beralih melakukan pemerasan di kawasan pinggir bandar.

“Pendekatan positif yang diambil oleh pemaju perumahan membuatkan peluang kumpulan kongsi gelap untuk mengaut keuntungan di dalam kawasan bandar adalah sangat tipis,” katanya mengulas faktor kongsi gelap beralih melakukan pemerasan di kawasan pinggir bandar. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia