Harian Metro

105 pendatang asing ditahan dalam operasi 7 jam

-

Shah Alam: Seramai 105 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menginap di sekitar Seksyen 25, di sini ditahan pihak berkuasa dalam operasi bersepadu yang dijalankan di kawasan berkenaan, pagi semalam.

Operasi bermula jam 7.30 pagi itu dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, operasi selama lebih tujuh jam dan berakhir pada jam 3 petang itu memeriksa 339 warga asing.

Menurutnya, pemeriksaa­n dijalankan di kawasan tumpuan warga asing bagi mengesan dua kesalahan utama yang sering dilakukan iaitu mereka tidak memiliki dokumen sah serta tinggal lebih masa.

“Hasilnya, seramai 105 PATI termasuk 10 wanita ditahan atas imigresen.

“Berdasarka­n pecahan, tangkapan membabitka­n warga Myanmar (55), Bangladesh (20), Indonesia (12), Pakistan (13), India (empat) dan seorang warga Nepal,” katanya di Balai Polis Sri Muda, di sini.

Beliau berkata, semua tangkapan dibawa ke Lokap Berpusat Shah Alam untuk siasatan selanjutny­a.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 691(c) Akta Imigresen 1959 dan Seksyen

kesalahan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959,” katanya.

Katanya, operasi dijalankan juga adalah bagi mengesan warga asing yang terbabit dengan kesalahan jenayah.

“Polis ada menerima laporan termasuk kejadian pergaduhan sesama mereka sehingga mengakibat­kan kematian.

“Justeru, operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha mengesan mereka yang terbabit dengan kes jenayah dan seumpamany­a,” katanya.

 ??  ?? ANTARA warga asing diperiksa dalam operasi bersepadu, semalam.
ANTARA warga asing diperiksa dalam operasi bersepadu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia