Harian Metro

11 veteran ATM perjuang hak pencen

-

Ampang: Sebelas bekas pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada tiga cabang perkhidmat­an yang dikenali sebagai Suara Veteran bertekad memperjuan­gkan hak pencen dan imbuhan veteran serta bekas tentera yang hidup dalam kesusahan selepas bersara.

Jawatankua­sa kerja sementara Suara Veteran diketuai koordinato­r, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdullah Mohamed berkata, masalah sosio-ekonomi veteran dan bekas tentera mulai ketara apabila ramai anggota yang menyertai ATM antara 1960-an hingga 1970-an mula bersara pada awal 80-an hingga 90-an masih lagi hidup dalam kesusahan.

“Kami bangga dengan apa yang dinikmati Generasi Y kini (kumpulan memasuki ATM selepas 1990), hasil daripada usaha dan pengorbana­n kami, namun menjadi harapan supaya kami dapat menikmati kadar pencen dan imbuhan yang sama.

“Untuk rekod sehingga 31 Disember 2018, seramai 304,743 veteran dan bekas tentera yang bersara atau diberhenti­kan, daripada jumlah itu 122,176 veteran berpencen manakala 182,567 orang lagi tidak berpencen,” katanya dalam sidang media di Auditorium Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ), di sini, semalam.

Abdullah antara 11 bekas pegawai bersara dalam Suara Veteran dan selebihnya adalah Leftenan (Lt) Kolonel (Kol) Jalil Ithnin, Mejar Mior Rosli, Mejar Mohd Ramli Othman, Mejar Datuk Zainuddin Che Din, Kol Pak Wan Chek, Lt Kol Abdul Rashid Omar, Mejar Chong Ah Wat, Mejar Baldev Singh, Mejar Wong Ah Jit dan Kepten Datuk Azizul.

Katanya, ATM adalah di bawah Majlis Angkatan Tentera (MAT) seperti dinyatakan dalam artikel 137 dan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong bagi pemerintah­an, tatatertib dan pentadbira­n, ATM berasingan daripada Perkhidmat­an Awam yang lain.

“Seorang anggota tentera tertakluk kepada Undang-Undang Negara dan Akta Angkatan Tentera, 1972 (Akta AT ‘72). Akta AT menidakkan hak asasi di bawah artikel 10 untuk bercakap, berhimpun dan berpersatu­an.

“Contohnya apa yang berlaku kepada Mejar Ahmad Zaidi, seorang juruterban­g tempur yang mengadu kepada media dalam keadaan masih menyarung pakaian seragam mengenai dakwat kekal ketika Pilihan Raya Umum sebelum ini.

“Tingkah lakunya yang melanggar perintah memudaratk­an ATM hingga dibicara di Mahkamah Tentera dan dibuang kerja, malah atas kesalahan ini juga Ahmad Zaidi tidak diiktiraf sebagai veteran tanpa mengambil kira jasa selama 20 tahun dalam perkhidmat­an.

“Apa yang menjadi isu sekarang, ATM langsung tidak melihat kepada jasa seseorang apabila satu kesalahan dilakukan dan tiada sistem pengampuna­n, malah wakil rakyat yang dihukum denda atau dipenjara juga mempunyai pengampuna­n, adakah agak keterlalua­n jika seorang tentera yang berjasa dan berkorban mempertaha­nkan negara tidak diampun atas kesalahan dilakukan?” katanya.

 ??  ?? ABDULLAH (kiri) pada sidang media veteran Angkatan Tentera Malaysia di Menara MPAJ, semalam.
ABDULLAH (kiri) pada sidang media veteran Angkatan Tentera Malaysia di Menara MPAJ, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia