Harian Metro

Pertukaran pemegang konsesi tak jejas projek lain

-

Kuala Lumpur: Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi jaminan langkah kerajaan untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya dalam mengurangk­an kos pengangkut­an tidak akan menjejaska­n projek berkepenti­ngan rakyat yang lain.

Beliau berkata, langkah kerajaan memulakan rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART seiring manifesto Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum lalu.

“Ini komitmen kita dalam pilihan raya umum yang lalu, namun rundingan dan perbincang­an sedang berjalan supaya ia dapat dibuat secara berperingk­at kerana kesan kepada kewangan negara adalah besar.

“Kita harus memastikan ia tidak akan menjejaska­n pembanguna­n ekonomi lain.

“Sementara kita ingin laksanakan manifesto, kita juga mahu pembanguna­n ekonomi terus berkembang,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Mohamed Azmin sebelum itu mengiringi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang berkenan melawat Hotel Tamu & Suites di Kampong Bharu, di sini.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, jangkaan kos untuk tujuan berkenaan masih dalam peringkat rundingan dan kementeria­n terbabit akan mengeluark­an kenyataan sebaik saja semua urusan selesai.

“Perbincang­an sedang berjalan, kementeria­n berkenaan akan keluarkan kenyataan sebaik saja semua urusan ini selesai, komitmen kita jelas...(namun) semua perkara perlu diperhalus­i kerana kita tidak mahu komitmen ini menjejaska­n perkara lain yang perlu diberi perhatian,” katanya.

Kelmarin, Pejabat Perdana Menteri mengeluark­an kenyataan kerajaan telahpun memulakan rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang syarikat tersebut mempunyai pegangan majoriti.

Menurut kenyataan tersebut, kerajaan berhasrat untuk memansuhka­n mekanisme tol sedia ada apabila berjaya mengambil alih lebuh raya berkenaan.

Berdasarka­n kenyataan itu, atau caj kesesakan akan diperkenal­kan di mana pengguna akan hanya dikenakan bayaran caj kesesakan yang sama dengan kadar tol sedia ada untuk waktu puncak selama enam jam sehari. – BERNAMA

 ??  ?? KERAJAAN cadang hapus mekanisma kutipan tol sedia ada di LDP, SPRINT, KESAS dan SMART.
KERAJAAN cadang hapus mekanisma kutipan tol sedia ada di LDP, SPRINT, KESAS dan SMART.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia