Harian Metro

Faktor harga input murah PELAN JANGKA PANJANG PKS

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

Penurunan indeks harga pengguna (IHP) pada Januari lalu bukan disebabkan kelemahan permintaan atau pertumbuha­n ekonomi.

Menteri Kewangan,

Lim Guan Eng berkata, sebaliknya perkara itu berlaku disebabkan faktor bekalan dalam bentuk harga input lebih murah iaitu penguranga­n harga minyak petrol dan minyak lain.

Menurutnya, penurunan harga dalam Januari 2019 sangat berbeza daripada deflasi harga yang berlaku pada 2009.

Ketika krisis kewangan sedunia, Malaysia mengalami kemeleseta­n ekonomi di mana

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara merudum 5.8 peratus untuk suku pertama, jatuh 3.7 peratus pada suku ke-2 dan kemudian turun 1.1 peratus pada suku ke-3 pada 2009.

“Di sini, perlu diingatkan bahawa deflasi harga dari sudut tahun ke tahun hanya berlaku setelah kemeleseta­n berlangsun­g. Tambahan lagi, pengeluara­n industri merosot dengan mendadak sebelum kemeleseta­n ekonomi dan deflasi harga bermula.

“Ini bermakna deflasi harga bagi 2009 adalah diakibatka­n kemeleseta­n ekonomi apabila sektor isi rumah dan perniagaan mengurangk­an pembelian mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, pertumbuha­n ekonomi yang sihat di mana KDNK bagi 2018 meningkat 4.7 peratus secara serta-merta memadamkan sebarang kebimbanga­n deflasi berikutan penurunan IHP sebanyak 0.7 peratus tahun ke tahun untuk Januari 2019 iaitu kadar yang terendah dalam tempoh hampir 10 tahun.

SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp) akan memperkena­lkan pelan jangka panjang baharu yang menggarisk­an hala tuju pembanguna­n dan dasar bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pelan hala tuju baharu itu dijangka menyentuh elemen

(berdasarka­n pengalaman), (mengikut trend) dan (masa depan) supaya ia terus relevan dan mampan seiring zaman.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Noor Azmi Mat Said berkata, Pelan Induk PKS 2.0 itu adalah bagi tempoh 2021 hingga 2030, namun sebagai permulaan ia akan laksanakan secara dinamik pada fasa tiga dan dua tahun.

“Melalui kaedah ini, ia menjadi lebih responsif dan program yang kita jalankan menjadi lebih berkesan.

“Kalau dulu kita tiada kelebihan komunikasi, kini semuanya boleh dilaksanak­an melalui telefon mudah alih, seperti membuat transaksi pembayaran.

“Malah, kita juga boleh kaji balik sekiranya diperlukan,” katanya dalam satu temu bual di sini.

Noor Azmi berkata, usaha itu juga bagi memupuk kelestaria­n perniagaan dan daya saing untuk PKS lebih berdaya maju dalam bersaing di pasaran global dan berteknolo­gi tinggi.

“Pelan Induk ini juga akan diselarask­an dengan Rangka Kerja Keusahawan­an Kebangsaan (NEF) yang dilancarka­n Menteri Pembanguna­n Usahawan pada November tahun lalu.

“Apa yang pasti fokus utama pelan induk ini bagi melihat apa keperluan PKS pada masa akan datang seperti yang berkaitan dengan teknologi dan pendigital­an.

“Dunia masa kini pantas berubah oleh itu kita mesti menyediaka­n pelan berdepan dengan sebarang kemungkina­n yang akan berlaku kepada PKS pada masa depan,” katanya.

Noor Azmi turut menekankan kepentinga­n bagi pelaksanaa­n pelan baharu ini kerana PKS perlu dinamik dengan senario semasa khususnya dengan kemunculan Revolusi Perindustr­ian 4.0 (IR4.0).

“Tahun ini, kita akan buat kajian apa yang dikecapi seterusnya melengkapk­annya pada penghujung tahun ini dan keseluruha­n tahun depan.

“Apa yang penting, apabila selesai pelaksanaa­n pelan hala tuju PKS yang terdahulu, kita sudah bersedia dengan perancanga­n baharu yang lebih mampan dan futuristik,” katanya.

 SME Corp perkenal tiga elemen hala tuju usahawan dalam tempoh 10 tahun akan datang

 ??  ??
 ?? Noor Azmi ?? Dunia masa kini pantas berubah oleh itu kita mesti menyediaka­n pelan berdepan dengan sebarang kemungkina­n yang akan berlaku”
Noor Azmi Dunia masa kini pantas berubah oleh itu kita mesti menyediaka­n pelan berdepan dengan sebarang kemungkina­n yang akan berlaku”
 ??  ?? GUAN Eng
GUAN Eng

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia