Harian Metro

Bangun 40,000 hektar tanah pasif FELDA

-

Kuala Lumpur: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) bercadang memanfaatk­an sekitar 40,000 hektar tanah kurang produktif miliknya di seluruh negara untuk dibangunka­n menjadi kawasan perladanga­n komersial yang lebih berintensi­fkan teknologi tinggi.

Tanah milik FELDA itu tidak ditawarkan kepada peneroka untuk dimajukan disebabkan beberapa faktor seperti ketidakses­uaian topografi membabitka­n kedudukan yang curam di lereng bukit dan terletak di kawasan kurang turunnya hujan sekali gus menyebabka­n tuaian tanaman konvension­al tidak memberangs­angkan.

Pengarah Besarnya, Datuk Dr Othman Omar berkata, antara cadangan pembanguna­n di tanah itu ladang solar, penanaman durian dan pisang khusus untuk dieksport, pembiakan sarang burung dan pertanian ketepatan atau

Menurutnya, FELDA didekati beberapa syarikat dari dalam dan luar negara yang berminat membangunk­an kawasan itu.

“Setakat ini kami menerima dua cadangan bagi ladang solar, tiga bagi penanaman durian dan tiga bagi fertigasi pintar.

“Kami terbuka kepada seberapa banyak cadangan yang mungkin dan menjangkak­an sekurang-kurang satu urus janji dimuktamad­kan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, selain aspek komersial, keutamaan juga diberikan kepada pertanian ketepatan kerana ia menjadikan amalan pertanian lebih tepat dan terkawal dengan penggunaan teknologi tinggi.

Menurutnya, model pembanguna­n di kawasan itu berdasarka­n kepada sewaan kawasan dan perkongsia­n keuntungan.

 ??  ?? DR Othman
DR Othman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia