Harian Metro

RHB terima anugerah cemerlang sedia pembiayaan tertinggi PKS

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) berada di landasan tepat untuk meningkatk­an jumlah pelanggan bukan Bumiputera kepada 50 peratus dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

Pengerusin­ya, Datuk Mohd Nasir Ali berkata, pada masa ini AmanahRaya mempunyai 30 peratus pelanggan bukan Bumiputera.

Menurutnya, usaha berterusan sentiasa dilaksanak­an untuk membina, mengukuh dan mengekalka­n jenama AmanahRaya sebagai agensi kerajaan yang wujud hampir 100 tahun.

“Kami mahu AmanahRaya dikenali sebagai pengurus pewarisan yang menjangkau­i semua kaum dan agama di negara ini.

“AmanahRaya mempunyai kepakaran sebagai pengurus pewarisan secara holistik, tidak hanya secara syariah, malah konvension­al,” katanya selepas melancarka­n Skrin LED di Wisma AmanahRaya di sini.

Hadir sama, Pengarah Urusan AmanahRaya, Adenan Md Yusof.

Mohd Nasir berkata, pengiklana­n digital itu dijangka mampu menjangkau sasaran luas dan mendidik masyarakat Malaysia mengenai kepentinga­n melaksanak­an perancanga­n pewarisan melalui penulisan wasiat, pengurusan amanah dan pentadbira­n pusaka.

Beliau berkata, AmanahRaya bakal membuka cawangan baharu di Teluk Intan dan Putrajaya, tahun ini.

“Kami akan meluaskan rangkaian AmanahRaya bagi memperkuat­kan lagi pasukan untuk memberi lebih maklumat kepada orang ramai terutama mereka di kawasan luar bandar,” katanya. RHB Banking Group meraih anugerah institusi kewangan cemerlang daripada Syarikat

Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) kerana menyediaka­n jumlah pembiayaan tertinggi kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi pembiayaan yang dijamin kerajaan.

SJPP adalah pentadbir dan pengurus skim jaminan kredit di bawah Menteri Kewangan Diperbadan­kan.

RHB berkata, anugerah itu mengiktira­f peranannya sebagai antara lima institusi kewangan terbaik dengan bahagian pasaran tertinggi iaitu 20.1 peratus daripada keseluruha­n pinjaman SJPP

RM1.43 bilion.

Penerima lain termasuk SME Bank (15.6 peratus), Maybank (13.8

>>AmanahRaya lancar Skrin LED didik masyarakat Malaysia kepentinga­n pewarisan  AmanahRaya komited jadi pengurus pewarisan jangkaui kaum dan agama di Malaysia

peratus), Standard Chartered (11.4 peratus) dan United Overseas Bank (8.9 peratus).

Anugerah disampaika­n Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Pengarah Urusan RHB Banking Group, Datuk Khairussal­eh Ramli berkata, bank itu akan terus merancakka­n pertumbuha­n PKS dalam ekonomi negara pada masa depan.

 ??  ?? MOHD Nasir (tiga dari kanan) dan Adenan (tiga dari kiri) melancarka­n Skrin LED AmanahRaya, semalam.
MOHD Nasir (tiga dari kanan) dan Adenan (tiga dari kiri) melancarka­n Skrin LED AmanahRaya, semalam.
 ??  ?? KHAIRUSSAL­EH
KHAIRUSSAL­EH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia