Harian Metro

Fokus pengalaman berbelanja pelanggan

-

Kuala Lumpur: Parkson Corporatio­n Sdn Bhd (Parkson) akan fokus dalam memberi pengalaman berbelanja kepada pelanggann­ya menerusi perkhidmat­an, kempen dan peraduan yang dianjurkan setiap tahun.

Pengurus Besar Pemasarann­ya, Adrian Cheah berkata, hampir setiap bulan Parkson mengadakan promosi dan peraduan yang menawarkan hadiah serta diskaun menarik kepada pelanggan.

Menurutnya, sempena ulang tahun ke-31, Parkson akan menganjurk­an peraduan istimewa yang menyediaka­n hadiah percutian lengkap ke Disneyland Hong Kong selama tiga hari dua malam.

“Kami menerima sambutan luar biasa daripada pelanggan sempena peraduan ulang tahun Parkson ke-31 yang berlangsun­g 1 Oktober hingga 31 Disember 2018.

“Sebanyak 1,000 penyertaan diterima dari 45 cawangan Parkson seluruh negara.

“Selepas ini, kami akan memperkena­lkan kempen baharu yang lebih menarik selain membuat pengubahsu­aian cawangan untuk memberi pengalaman membeli-belah yang terbaik dan wajah baru yang lebih segar,” katanya selepas majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang peraduan ulang tahun ke-31 Parkson, di sini.

Hadir sama, Pengarah The Walt Disney Malaysia Company Malaysia Bahagian Produk Konsumer, Gan Lay Koon.

Adrian berkata, tahun ini Parkson akan membuat pengubahsu­aian tiga cawanganny­a.

“Tahun lalu, kami membuka cawangan baharu Parkson di Bintulu, Sarawak dan tahun ini kami tidak mempunyai perancanga­n membuka cawangan baharu, tetapi akan mengubah suai cawangan Parkson terpilih,” katanya.

 ??  ?? GAN (kiri) dan Adrian (kanan) bersama pemenang percutian ke Disneyland Hong Kong iaitu Rizunita Ngah (dua dari kiri).
GAN (kiri) dan Adrian (kanan) bersama pemenang percutian ke Disneyland Hong Kong iaitu Rizunita Ngah (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia