Harian Metro

AMUKAN SUAMI KEKASIH

- Agensi

 Terjaga daripada tidur dapati isteri melakukan seks dengan lelaki lain

Padah melakukan hubungan seks dengan isteri orang dalam bilik tidur pasanganny­a, seorang lelaki cedera parah akibat ditikam bertubi-tubi oleh suami kekasih gelapnya itu.

Dalam kejadian di sebuah apartmen di Elwood, Indiana, suami wanita itu dikenali sebagai Michael Neil, 29, terjaga daripada tidur disebabkan bunyi bising isterinya melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki dalam bilik tidur mereka, minggu lalu.

Daily Mail yang memetik Fox59 melaporkan, Neil yang dipercayai tidur dalam bilik lain pada malam kejadian, marah dengan perbuatan isterinya lalu mengambil pisau dan menikam lelaki terbabit.

Jiran menghubung­i polis melaporkan kekecohan dan pergaduhan dari rumah berkenaan.

Menurut polis, ketika anggota tiba di rumah itu sekitar 12.30 tengah malam, mereka menemui seorang lelaki dengan beberapa luka tikaman, terbaring dalam sebuah kereta di luar apartmen itu.

Neil yang juga cedera berada dalam rumahnya. Kedua-dua mereka dibawa ke hospital untuk rawatan.

Neil mengaku kepada polis dia menikam lelaki terbabit selepas mendapati dia melakukan hubungan seks dengan isterinya.

Polis tidak menyatakan nama mangsa dan wanita terbabit namun Neil ditahan dengan tuduhan mendatangk­an kecederaan menggunaka­n senjata berbahaya.

 ??  ?? NEIL
NEIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia