Harian Metro

Rakyat rempuh sekatan

- Agensi

 Empat terbunuh, ratusan cedera dalam rusuhan untuk dapatkan bekalan makanan, perubatan di sempadan Colombia

Tentera yang setia kepada Presiden Nicolas Maduro melepaskan tembakan menyebabka­n sekurang-kurangnya dua terbunuh dan ratusan lagi cedera semalam, apabila rakyat merempuh sekatan di sempadan Colombia bagi membolehka­n konvoi bantuan menghantar bekalan.

Mirror melaporkan, pertubuhan bukan kerajaan, Foro Penal, menyatakan empat terbunuh manakala menurut AFP, antara yang terbunuh ialah remaja 14 tahun.

Lebih 300 cedera dalam pertempura­n dengan tentera di beberapa lokasi lintasan sempadan dengan Colombia.

Pasukan tentera menyekat kumpulan orang ramai yang merusuh di bandar sempadan Urena dan Santonio sambil melepaskan gas pemedih mata dan tembakan peluru getah.

Huru-hara tercetus apabila ribuan rakyat yang berkumpul di sempadan semakin terdesak untuk mendapatka­n bekalan makanan dan perubatan susulan krisis ekonomi yang semakin meruncing.

Kejadian tembakan itu berlaku di pintu sempadan yang menghubung­kan Santa Elena de Uairen dengan Brazil.

Ratusan sukarelawa­n kecewa kerana konvoi bantuan yang kebanyakan­nya dari Amerika Syarikat tidak dapat masuk kerana dihalang Maduro.

Sebuah bot yang membawa barangan bantuan dari Puerto Rico terpaksa berpatah balik selepas menerima ancaman dari tentera.

Bantuan kemanusiaa­n itu menjadi pertikaian antara Maduro dan pemimpin pembangkan­g, Juan Guaido yang mengisytih­arkan dirinya sebagai Presiden sementara sejak sebulan lalu. Guaido yang diiktiraf lebih 50 negara mengalu-alukan bantuan itu selepas melancarka­n operasi pengagihan bantuan di sebuah gudang di Tienditas, Cucuta bersama Presiden Chile, Colombia dan Paraguay.

Sementara itu, Mirror Online melaporkan, empat ditembak mati manakala 24 lagi cedera dalam pertempura­n itu.

Maduro berikrar tidak membenarka­n bantuan masuk ke negaranya dan semalam, bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Colombia yang dituduhnya membantu pembangkan­g.

“Saya tidak boleh membiarkan Colombia digunakan untuk menyerang Venezuela. Saya membuat keputusan memutuskan sebarang hubungan diplomatik dengan Colombia,” katanya.

 ??  ?? PANDANGAN dari udara orang ramai yang bertempur dengan tentera Venezuela di atas jambatan Francisco de Paula Santander menghubung­kan Cucuta di Colombia dengan Urena di Venezuela. - AFP
PANDANGAN dari udara orang ramai yang bertempur dengan tentera Venezuela di atas jambatan Francisco de Paula Santander menghubung­kan Cucuta di Colombia dengan Urena di Venezuela. - AFP
 ??  ?? SEORANG perusuh beredar meninggalk­an kenderaan yang terbakar di bandar Pacaraima, Brazil, laluan masuk ke Venezuela, semalam. Pintu sempadan itu ditutup sejak Khamis lalu atas arahan Maduro. - EPA
SEORANG perusuh beredar meninggalk­an kenderaan yang terbakar di bandar Pacaraima, Brazil, laluan masuk ke Venezuela, semalam. Pintu sempadan itu ditutup sejak Khamis lalu atas arahan Maduro. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia