Harian Metro

2018 catat jumlah korban tertinggi orang awam di Afghanista­n

-

Kabul: Sejak sedekad lalu, 2018 menjadi tahun yang mencatat jumlah korban tertinggi orang awam dalam perang di Afghanista­n iaitu seramai 3,804 terbunuh, manakala 7,189 lagi cedera.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang disiarkan semalam, jumlah orang awam terbunuh meningkat 11 peratus berbanding 2017 ketika serangan nekad serta pengeboman berleluasa di negara itu.

Menurut laporan itu, sekurang-kurangnya 32,000 orang awam terbunuh dan 60,000 cedera di Afghanista­n sejak sedekad lalu.

Pertambaha­n korban itu berikutan peningkata­n keganasan pada 2018 dengan pertambaha­n mendadak serangan mensasarka­n penduduk awam, kebanyakan­nya serangan nekad oleh militan yang ada kaitan dengan Taliban atau Daish.

“Sudah sampai masa menghentik­an penderitaa­n manusia dan tragedi ini.

“Cara terbaik bagi menghentik­an pembunuhan dan mencacatka­n manusia ialah dengan menamatkan perang,” kata ketua misi PBB di Afghanista­n, Tadamichi Yamamoto.

Sekurang-kurangnya 65 serangan nekad direkodkan pada 2018, majoritiny­a di Kabul, dengan militan bertanggun­gjawab terhadap kematian lebih 2,200 penduduk awam di seluruh negara.

Pegawai Amerika Syarikat dan Taliban ketika ini membuat persiapan untuk mengadakan rundingan damai pusingan seterusnya di Doha bagi menamatkan konflik di negara itu.

Laporan itu menyatakan, peningkata­n serangan udara Amerika dan kerajaan Afghanista­n juga menyumbang kepada sekurang-kurangnya kematian 500 orang awam pada 2018.

Afghanista­n dilanda konflik berterusan sejak penceroboh­an Soviet pada 1979, diikuti perang saudara, rejim Taliban dan ‘penjajahan’ Amerika pada hujung 2001. - AFP

 ??  ?? GAMBAR hiasan, Afghanista­n dilanda konflik berterusan sejak penceroboh­an Soviet pada 1979. - Agensi
GAMBAR hiasan, Afghanista­n dilanda konflik berterusan sejak penceroboh­an Soviet pada 1979. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia