Harian Metro

Gigi tumbuh dalam hidung

- Agensi

Doktor membuat penemuan mengejutka­n terhadap seorang lelaki berusia 59 tahun yang mempunyai masalah pernafasan sejak dua tahun lalu, apabila mendapati sebatang gigi tumbuh dalam lubang hidung lelaki berkenaan.

Menurut doktor, pertumbuha­n aneh gigi itu dikenali sebagai gigi tersimpan intranasal berpunca daripada kerosakan fizikal atau masalah ketumbuhan.

Daily Mail melaporkan, lelaki berkenaan berjumpa dengan doktor pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) di Hospital Universiti Aarhus di Aarhus, Denmark selepas kehilangan deria bau disebabkan hidung tersumbat.

Dalam laporan yang disiarkan jurnal BMJ Case Reports, jelas menunjukka­n gigi berwarna putih dalam lubang hidung lelaki yang tidak dinyatakan nama itu.

Pada awalnya, doktor di hospital terbabit hanya membekalka­n lelaki itu dengan steroid hidung bagi mengurangk­an bengkak tetapi kesakitann­ya berlanjuta­n lalu dia berjumpa dengan Dr Milos Fuglsang.

Dr Fuglsang dalam laporan menyatakan, pemeriksaa­n mendapati hidung lelaki itu bengkok ke satu sisi dan terdapat ketumbuhan dalam rongga hidungnya, membuat keputusan untuk membedahny­a.

Melalui pembedahan itu Dr Fuglsang mendapati ketumbuhan berkenaan ialah gigi yang tidak dapat dipastikan bagaimana boleh tumbuh dalam lubang hidung.

“Lelaki itu pernah patah rahang dan hidung ketika muda yang memerlukan pembedahan pembinaan semula,” katanya.

Lelaki itu pulih selepas sebulan gigi berkenaan dikeluarka­n.

>>Malaysia dijangka mencapai status negara maju terhebat menjelang 3030  Pertumbuha­n aneh itu dipercayai berpunca daripada kerosakan fizikal

 ??  ?? GAMBAR kiri keadaan gigi yang tumbuh di dalam hidung pesakit, gambar kanan, gigi yang berjaya dibuang selepas pembedahan. - Agensi
GAMBAR kiri keadaan gigi yang tumbuh di dalam hidung pesakit, gambar kanan, gigi yang berjaya dibuang selepas pembedahan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia