Harian Metro

Undi penduduk Okinawa tentukan nasib pangkalan tentera AS

-

Okinawa: Penduduk Okinawa mengundi semalam, dalam pungutan suara bagi menentukan sama ada mereka bersetuju pangkalan tentera Amerika Syarikat kekal di lokasi sekarang, dipindahka­n ke kawasan terpencil pulau itu atau dipindahka­n ke kawasan lain di Jepun.

Kertas undi memberi pilihan kepada penduduk terhadap rancangan memindahka­n pangkalan Futenma dari lokasi sekarang berdekatan kawasan padat penduduk ke kawasan terpencil.

Pada awalnya pungutan suara itu ada dua pilihan, ‘ya’ atau ‘tidak’, namun pilihan ketiga iaitu ‘bukan kedua-duanya’ dimasukkan selepas beberapa bandar raya mengancam memboikot undian itu.

Undian bermula pagi semalam, membabitka­n 1.2 juta penduduk Okinawa yang layak mengundi.

Agensi Jiji Press melaporkan kira-kira 20.5 peratus penduduk sudah keluar mengundi pada sebelah pagi.

Pemindahan pangkalan tentera dari Futenma ke Nago sejauh 50 kilometer dari lokasi sekarang dipersetuj­ui pada 1996 bagi meredakan kemarahan orang ramai selepas seorang pelajar perempuan menjadi mangsa rogol beramai-ramai tentera Amerika.

Selain itu, pangkalan Futenma juga membangkit­kan ketegangan dengan penduduk berikutan pelbagai masalah, termasuk bunyi bising, kemalangan ketenteraa­n dan jenayah membabitka­n penghuni pangkalan berkenaan.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Shinzo Abe menyatakan pemindahan pangkalan berkenaan akan menyelesai­kan masalah terbabit namun ramai penduduk Okinawa mahu ia ditempatka­n di lokasi lain di Jepun.

Mereka memberi alasan Okinawa perlu menanggung segala akibat kerana tentera Amerika ditempatka­n di situ.

Okinawa hanya satu peratus daripada keseluruha­n keluasan Jepun, namun ia mempunyai lebih daripada separuh 47,000 tentera Amerika yang ditempatka­n di seluruh Jepun.

Pengundian tamat pada jam 8 malam dan kerajaan Okinawa perlu ‘menghormat­i’ apa saja keputusan pungutan suara itu.

Kerjasama ketenteraa­n dianggap kunci utama hubungan Amerika dengan Jepun dan kedudukan Okinawa berhampira­n Taiwan menjadikan­nya lokasi strategik yang penting kepada kehadiran tentera Amerika di Asia. - AFP

 ??  ?? PANDANGAN dari udara Stesen Udara Marin Amerika Syarikat Futenma di Okinawa. - Agensi
PANDANGAN dari udara Stesen Udara Marin Amerika Syarikat Futenma di Okinawa. - Agensi
 ??  ?? PUTERA Khalid Bin Salman
PUTERA Khalid Bin Salman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia