Harian Metro

Fokus sebagai penyanyi serius

-

isu kekeluarga­an.

Malah, disebabkan lagu itu sedap didengarny­a, dia bersetuju mengambil lagu itu dan cuba fokus sebagai penyanyi yang serius pula.

“Selama jadi penyampai, peluang untuk lagu sendiri dimainkan di stesen radio lain sangat tipis. Saya rasa ini peluang cerah untuk saya. Anggaplah saya seperti Salih Yaacob atau Jalil Hamid yang pernah muncul dengan lagu komedi dan nasihat.

“Tujuan saya jadi penyanyi sebab nak cabar diri sejauh mana saya boleh pergi, itu saja,” katanya.

Ajak pernah menghasilk­an lagu bersama Hafiz Hamidun namun tidak mendapat sambutan.

Malah, dia juga pernah merakam sebuah lagu raya bersama Datuk M Nasir sekitar dua tahun lalu tapi belum dilancarka­n lagi kerana menantikan waktu sesuai.

Terbaru, Ajak akan muncul sebagai watak cameo dalam filem adaptasi sitkom komedi popular, Keluarga Iskandar The Movie.

Ini juga peluang baik untuk saya meletak ‘muka’ dalam filem selepas kali terakhir melalui Rempit Sampai Langit beberapa tahun lalu. Ini cabaran baru sebab pelakon asal dalam siri ini nampak santai dan bersahaja ketika berlakon. Mereka bawa watak masing-masing macam adikberadi­k sebenar dalam sebuah keluarga,” katanya.

Keluarga Iskandar The Movie arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin baru saja memulakan proses penggambar­an awal minggu ini.-Amirul Haswendy Ashari

 ??  ?? Selama jadi penyampai, peluang untuk lagu sendiri dimainkan di stesen radio lain sangat tipis. Saya rasa ini peluang cerah untuk saya
Selama jadi penyampai, peluang untuk lagu sendiri dimainkan di stesen radio lain sangat tipis. Saya rasa ini peluang cerah untuk saya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia