Harian Metro

LARUT DIBUAI VOKAL GEMERSIK

-

Kejayaan Konsert Datuk

Seri Siti Nurhaliza On

Tour yang berlangsun­g di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia, Khamis lalu memberi penanda aras baru dalam kerjaya seni Siti membabitka­n persembaha­n berskala besar.

Ia sekali gus mengkuhkan jenama Siti dalam persada hiburan Indonesia yang sebelum ini dia dianggap duta kecil Malaysia di Indonesia.

Walaupun selepas dua dekad berkarya dan sepanjang tempoh itu ramai penyanyi baru bersilih ganti, nama Siti masih mekar dan harum dalam kalangan peminat.

Siapa sangka dua dekad tidak merubah persepsi dan penerimaan peminat terhadap dirinya. Buktinya, persembaha­n pada konsert itu membawa peminat larut dalam alunan vokal gemersik Siti.

Lebih istimewa, peminat yang membesar bersama kerjaya Siti turut hadir bersama anak masingmasi­ng. Malah ada yang menamakan anak mereka dengan Siti Nurhaliza. Begitu penangan figura bernama

Siti Nurhaliza.

Seiring kematangan

Siti dalam bidang seni, persembaha­n selama lebih dua jam memberikan kesan dan memori indah dalam diri penonton.

Memilih untuk membuka tirai persembaha­n menerusi lagu irama Malaysia,

Siti dilihat bijak dalam memancing perhatian penonton supaya tidak berganjak dari tempat duduk.

Menurut Siti, ia sesuatu yang baru dalam persembaha­nnya selama ini selain mahu mengangkat dan memartabat­kan lagu tradisiona­l di luar negara.

Lagu ciptaan

Allahyarha­m Pak Ngah seperti Badarsila, Nirmala, Hati Kama dan Cindai, sekali gus mengubat kerinduan peminat terhadap bapa irama Malaysia itu.

“Ini adalah yang diberikan oleh pihak penganjur iaitu Shiraz Projects. Mereka mahu wayang kulit menjadi pembukaan. Bagi saya ia idea yang bernas.

“Pada masa sama saya pun inginkan kelainan daripada kebiasaan iaitu menyanyika­n lagu balada atau pop. Tetapi, pada konsert ini saya bagi ‘all out’ dari segi tarian, pakaian dan segala-galanya pada segmen pembukaan.

“Sebenarnya, memang ambil risiko juga kerana memberikan sesuatu yang gah pada awal. Tapi, inilah buka mata orang sebab ia memang lain daripada yang lain saya pernah buat. Alhamdulil­lah, ia berjaya dan mendapat maklum balas positif,” katanya.

Siti berkata, dia puas apabila dapat menjayakan semua yang dirancang dengan baik.

Malah, latihan yang dibuat sebulan sebelum konsert juga dianggap berbaloi.

“Saya puas dapat menari dan menyanyi secara ‘all out’ untuk pembukaan.

Kerja keras dengan membuat latihan, berbasikal dan mengikuti kelas vokal banyak membantu untuk konsert ini.

“Benda negatif jangan simpan dalam kepala. Fikir positif saja dan sentiasa cakap kita boleh, boleh dan boleh. Itu yang saya buat dalam konsert ini.

“Sejujurnya, ketika latihan, pengarah muzik, Aubrey Suwito tegur ada beberapa bahagian vokal saya belum sampai. Namun, saya tidak mahu putus asa. Saya berlatih hingga dapat.

“Dari segi produksi, pentas, pencahayaa­n, susunan muzik dan lainlain saya berpuas hati. Saya bagi pujian kepada seluruh pasukan. Tapi saya nak buat lebih baik lagi untuk di dua lokasi selepas ini,” katanya.

NYANYI DEPAN ANAK

Buat pertama kalinya juga, Siti mengadakan persembaha­n di depan

 ??  ?? SITI berduet dengan penyanyi Indonesia, Tulus.
SITI berduet dengan penyanyi Indonesia, Tulus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia