Harian Metro

BANGUN CIPTA NAMA SENDIRI

Aman bersyukur kerjaya seni berjalan dengan baik walaupun lambat dikenali

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Selepas tampil dengan lagu Budak Flat tiga tahun lalu, penyanyi hip hop, Aman RA kembali dengan single berjudul Bangun.

Sudah pun dilancarka­n sejak Oktober tahun lalu, Bangun turut mendapat sambutan memberangs­angkan apabila memperoleh lebih dua juta tontonan di YouTube dalam tempoh dua bulan.

Namun, tidak ramai yang mengenali anak muda berasal dari Keramat, Kuala Lumpur ini. Malah, ada yang beranggapa­n dia menumpang populariti artis lain untuk mencipta nama.

Tidak kecewa dengan perkara itu, Aman atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin, 32, berkata, dia tidak terkilan atau melatah sebaliknya menggangga­p setiap yang berlaku itu ada sebabnya.

“Saya tidak berkecil hati jika ada yang kurang mengenali saya. Walaupun sudah lama dalam bidang seni, kalangan peminat hip hop tahu siapa saya.

“Apa yang penting bagi saya adalah lagu yang dibawakan orang tahu dan ingat. Mungkin juga rezeki saya sekarang baru orang kenal,” katanya.

Aman berkata, mungkin juga muzik hip hop yang dibawa kini mendapat perhatian dan ia seiring naik dengan nama Aman sendiri.

“Saya tidak pernah rasa tersisih atau terpinggir sebaliknya gembira kerana kerjaya seni berjalan dengan baik walaupun lambat dikenali.

“Muzik yang dibawa juga ada turun naiknya dan mungkin sekarang orang sudah mula menerima hip hop dan waktu ini orang baru kenal saya.

“Soal cuba menumpang populariti orang lain pada saya itu pandangan masing-masing. Jika diikutkan mereka yang mencari saya untuk berduet dan saya hanya mengambil peluang yang diberikan,” katanya.

Mengulas mengenai lagu Bangun, Aman berkata, ia bagaikan kesinambun­gan daripada lagu Budak Flat.

Mengakui perkara itu, Bangun yang dicipta sepenuhnya oleh Aman sendiri masih kekal dengan konsep hip hop. Malah, lagu ini juga terdapat dalam album solo pertama Aman yang bertajuk Rebel dan turut memuatkan 10 lagu lain.

Dalam pada itu, Aman yang berpeluang menyanyi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) barubaru ini berharap satu hari nanti lagunya sendiri turut tersenarai.

“Satu pencapaian yang membanggak­an dalam karier seni saya. Harapan saya selepas ini lagu-lagu saya pula diberi peluang bertanding pada AJL nanti,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia