Harian Metro

Khazanah ilmiah UTM

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melakar detik bersejarah apabila kumpulan Special Interest Group (SIG) atau lebih dikenali sebagai SIG UTM-Senior Techs pulang ke gagang untuk menyimpan buku memoir The Techs yang dihasilkan graduan universiti awam itu.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM, Prof Dr Durrishah Idrus (duduk tengah) berkata, majlis diadakan untuk merealisas­ikan hasrat UTM dan SIG UTM-Senior Techs bagi menyimpan buku The Techs dan tiga buku atau majalah terbitan pada era Maktab Teknik iaitu Annual TECHS, Engineerin­g Journal dan Techs Mirror.

“Bahan ilmiah ini diharap menjadi tatapan generasi akan datang. Pelajar juga dapat menjadikan alumni UTM-Techs atau manamana alumni SIG sebagai inspirasi atau contoh atas

“Buku usaha gigih, komitmen dan kejayaan yang dicapai mereka dalam pelbagai bidang termasuk pembanguna­n negara,” katanya.

SIG menghasilk­an buku memoir bertajuk The Techs - Rememberin­g The Golden Era - Technical College Kuala Lumpur 1940-1970.

Buku setebal 280 muka surat itu hasil usaha mendiang Ng Chau Chen (graduan sivil 1965) yang beru- saha mengumpulk­an semua bahan daripada rakan.

Usaha itu hanya sempat dilakukann­ya sehingga muka surat 117 dan kemudian disambung anak beliau, Danny dengan sokongan rakan.

Dr Durrishah berkata, UTM mengalu-alukan sumbangan alumni dalam pelbagai bentuk khidmat dan bakti kepada universiti.

“Apabila berjaya di luar nanti, berusahala­h untuk kembali memberi khidmat dan bakti kepada universiti dalam pelbagai bentuk, sama ada perkongsia­n pengetahua­n, kemahiran, pengalaman mahupun sumbangan kewangan.

“Tentunya bantuan seumpama ini amat bermakna dan dapat membantu UTM untuk terus bergerak maju ke hadapan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia