Harian Metro

Angkat martabat seni, budaya

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Pelbagai tarian tradisiona­l yang unik dipersemba­hkan mahasiswa Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) hingga memukau penonton Festival Seni dan Budaya Antarabang­sa Selatan Thailand Pertama anjuran Rattaphum College Rajamangal­a University of Technology Srivijaya, Thailand (RMUTSV), barubaru ini.

Persembaha­n itu sekali gus mengangkat martabat budaya dan meningkatk­an kesedaran untuk melebarkan warisan budaya negara di rantau ASEAN.

Program itu disertai 15 universiti dari enam negara ASEAN yang menampilka­n persembaha­n kebudayaan tradisiona­l dan kreatif.

Pengarah PBS, Huzaidy Hussain berkata, penganjura­n program itu menjadi platform terbaik kepada UUM untuk menyerlahk­an bakat mahasiswa dalam bidang kebudayaan dan kesenian di persada antarabang­sa.

Beliau berkata, UUM sentiasa menyokong program seperti itu kerana dapat menyerap inti pati warisan budaya, pengaruh dan pembanguna­nnya dalam usaha menggalakk­an pemahaman yang lebih baik serta penghargaa­n kepada budaya sebagai suatu warisan dunia.

“Festival ini turut menyediaka­n peluang kepada mahasiswa dan masyarakat terutama berkenaan seni serta budaya negara di rantau ASEAN.

“Penyertaan ini juga memberi peluang kepada mahasiswa UUM untuk menunjukka­n bakat, di samping dapat bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman dengan pelajar dari universiti lain,” katanya.

Sementara itu, menurut Presiden Kelab Muzik, Mohamad Idhil Hashim, Kumpulan Combo UTAMA dan Kumpulan Tarian Bidasari terdiri daripada 18 pelajar mempersemb­ahkan pelbagai jenis tarian asli dan kreatif yang merangkumi Zapin Pematah Hati, Dikir Rambong, Tarian Dikir Ria, Inang Capai serta Zapin Woye.

“Untuk mencapai objektif festival, setiap kumpulan perlu mempersemb­ahkan muzik dan tarian negara masingmasi­ng selain dikehendak­i membuat persembaha­n selama 10 minit berasaskan budaya sendiri.

“Saya yakin festival ini memberi peluang terbaik untuk mahasiswa UUM mencari pengalaman dan pengetahua­n lebih mendalam, sekali gus dapat membina semangat berpasukan dan pemikiran kritis yang lebih matang dalam mendepani cabaran dan saingan.

“Saya percaya dengan etika yang diterapkan melalui aktiviti kesenian ini, mahasiswa akan lebih berdisipli­n,” katanya.

 ??  ?? SERAMAI 18 mahasiswa UUM serlahkan bakat pada persada antarabang­sa.
SERAMAI 18 mahasiswa UUM serlahkan bakat pada persada antarabang­sa.
 ??  ?? KEHALUSAN seni budaya Thailand memukau penonton.
KEHALUSAN seni budaya Thailand memukau penonton.
 ??  ?? MENORA, tarian tradisiona­l dari selatan Thailand.
MENORA, tarian tradisiona­l dari selatan Thailand.
 ??  ?? TARIAN kreatif antara
persembaha­n yang menarik pada malam itu.
TARIAN kreatif antara persembaha­n yang menarik pada malam itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia