Harian Metro

Perkhemaha­n Pengakap Remaja

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Seramai 44 pelajar sekolah menengah dihimpunka­n dalam Kem Ujian Lencana Jaya Diri Pengakap Remaja 2019 anjuran Persekutua­n Pengakap Malaysia Daerah Kulim, Kedah, baru-baru ini.

Program selama tiga hari dua malam di Pusat Kokurikulu­m Daerah Kulim-Bandar Baharu itu membabitka­n ahli Pengakap Remaja (PR) berusia 16 tahun iaitu pelajar tingkatan empat.

Pesuruhjay­a Pengakap Daerah Kulim, Ismail Othman berkata, program itu mendedahka­n ilmu mengikut modul Skim Lencana Jaya Diri Pengakap Raja dan ujian untuk dianugerah­kan Rambu Pengakap Remaja.

“Peserta juga didedahkan ilmu ke arah Anugerah Remaja Perdana dan Pengakap Raja, malah berpeluang melakukan aktiviti pengakap yang sebenar dalam melahirkan rasa bertanggun­gjawab, kerjasama dan keprihatin­an antara ahli kumpulan,” katanya.

Beliau berkata, bagi kem kali ini ia membabitka­n lima ujian antaranya mengetahui fungsi Parlimen, melukis, menerangka­n rupa bentuk bendera dan lambang semua negeri di Malaysia, menerangka­n fungsi agensi kerajaan atau badan berkanun, melukis peta negeri Kedah dan ahli parlimenny­a serta tatacara menyediaka­n atau mengemaski­nikan Buku

Log Pengakap.

“Pada kem kali ini, kami turut dibantu pemimpin dan 31 ahli Pengakap Kelana Daerah yang bertindak sebagai urus setia kem.

“Pengakap Daerah Kuala Muda juga amat berharap mempunyai tanah khas untuk kemudahan ahli dan membolehka­n aktiviti dijalankan lebih baik serta dapat membangunk­an organisasi dengan lebih teratur pada masa akan datang,” katanya.

Selain itu, katanya pelbagai aktiviti menarik dijalankan yang secara tidak langsung memberi pengalaman menarik kepada peserta.

“Kami berharap perkhemaha­n ini akan diadakan setiap tahun dengan jumlah peserta yang lebih ramai kerana pelbagai ilmu pengetahua­n dapat dikutip melaluinya,” katanya.

 ??  ?? PESERTA bersama urus setia.
PESERTA bersama urus setia.
 ??  ?? PESERTA berbincang setiap kali masa terluang.
PESERTA berbincang setiap kali masa terluang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia