Harian Metro

Cabaran industri pengurusan tenaga

- Fazurawati Che Lah fazurawati@mediaprima.com.my

Senario industri tenaga global sedang melalui fasa perubahan yang memerlukan input daripada pelbagai pihak.

Cabaran dari aspek pengurusan sumber dan sisa, penyelidik­an punca tenaga boleh baharu dan keperluan yang tidak pernah susut terhadap modal insan berkemahir­an perlu ditangani semua pemain industri.

Peningkata­n populasi dunia sudah pasti memberikan beban lebih tinggi terhadap keperluan sumber tenaga baharu, boleh baharu dan kecekapan tenaga.

Oleh itu, lebih ramai Pengurus Tenaga Bertauliah (CEM) dan Pengurus Tenaga Profesiona­l (PEM) diperlukan terutama dalam ekonomi dunia membangun.

Pensyarah Sains Kanan Institut Sains Biologi (ISB), Universiti Malaya (UM), Dr Zul Ilham Zulkiflee Lubes berkata, dalam situasi harga minyak global yang tidak menentu sekarang, sudah pasti kerjaya dalam bidang tenaga terutama eksplorasi (penjelajah­an) minyak dan gas mengalami cabaran.

Namun katanya, industri berkaitan tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga semakin meningkat naik.

“Terdapat beberapa kemahiran yang perlu dikuasai mereka yang berminat menceburi karier bidang tenaga untuk terus bersaing dan kekal relevan terutama berkaitan kemahiran menganalis­is data, trend serta pengurusan sumber.

“Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) turut ditekankan dalam bidang pengurusan projek dan ini boleh meningkatk­an kebolehpas­aran graduan,” katanya.

Dr Zul Ilham berkata, untuk mengurus tenaga, seseorang harus memiliki berasakan mempelajar­i bahasa Inggeris hanya memberi sedikit kelebihan kepada mereka.

“Segelintir pelajar berasakan tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka sudah cukup bagus, tetapi di kemudian hari golongan itu akan berhadapan masalah kerana kegagalan bercakap dengan baik,” katanya.

Penuntut Ijazah Komunikasi sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dalam bidang kejurutera­an atau sains, sekali gus melayakkan mereka diiktiraf CEM.

“Mereka juga harus menjalani kursus profesiona­l anjuran GreenTech Malaysia dan Suruhanjay­a Tenaga bagi pelantikan CEM atau PEM.

“Buat masa ini, terdapat beberapa program TVET selari dengan keperluan tenaga, tetapi pada masa akan datang, perlu banyak lagi pengkhusus­an yang lebih relevan,” katanya.

Di Eropah, graduan TVET memenuhi keperluan pasaran juruteknol­ogi tenaga, servis pengurusan tenaga dan pemindahan teknologi tenaga alternatif.

“Menerusi sokongan berterusan daripada kerajaan terhadap pengurusan sumber tenaga yang lebih mapan dan lestari, peluang pekerjaan juga pasti menunjukka­n trend positif,” katanya.

Dr Zul Ilham berkata, pelbagai program berbentuk perkongsia­n pengalaman dan kepakaran dianjurkan bersama pengamal industri untuk pembanguna­n pelajar institusi pengajian tinggi.

Baru-baru ini, syarikat multinasio­nal, Exxon Mobil Exploratio­n and Production Malaysia Inc (EMEPMI) meluangkan masa berkongsi ilmu dalam bidang pengurusan tenaga bersama-sama pelajar jurusan Bioteknolo­gi dan Sains Pengurusan Alam Sekitar UM.

Forum berbentuk dua

Perlu kepakaran banyak pihak pada masa akan datang

UPM, Ong Wei Jun berkata, satu daripada faktor utama menyebabka­n fenomena itu terjadi ialah kerana pelajar gemar berada dalam zon selesa.

“Mereka biasa bertutur dalam bahasa ibunda dan takut untuk bercakap menggunaka­n bahasa lain.

“Kurang yakin dengan kebolehan berbahasa Inggeris menyebabka­n hala itu disampaika­n Pengurus Aset EMEPMI, Hazizi Hassan. Program yang diadakan di ISB, Fakulti Sains universiti itu dikenali Energy Outlook dan dihadiri lebih 40 pelajar.

Selain penerangan khusus berkenaan bidang pengurusan tenaga, peserta turut didedahkan dengan keperluan modal insan yang sentiasa tersedia secara am dalam bidang berkaitan sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM).

Menurut Hazizi, pihaknya sentiasa mengintai peluang untuk berkongsi maklumat dengan penyelidik dan pelajar institusi pengajian tinggi terutama berkaitan cabaran serta peluang yang boleh diambil setiap individu yang terbabit dalam industri ini.

“Pihak kami sentiasa berminat untuk menyumbang kepada ekosistem masyarakat yang cakna sains dan teknologi,” katanya. mereka memilih untuk tidak menggunaka­n bahasa itu kerana takut diketawaka­n,” katanya.

Bahasa Inggeris menjadi satu daripada bahasa terpenting di dunia kerana digunakan dalam percakapan dan penulisan.

Kira-kira 375 juta orang menggunaka­n bahasa Inggeris, malah menjadi bahasa rasmi di lebih 50 negara.

 ??  ?? ANTARA peserta yang mengikuti kelas bahasa Inggeris.
ANTARA peserta yang mengikuti kelas bahasa Inggeris.
 ??  ?? PELAJAR dan penceramah jemputan bergambar selepas forum tamat.
PELAJAR dan penceramah jemputan bergambar selepas forum tamat.
 ??  ?? DR ZUL ILHAM
DR ZUL ILHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia