Harian Metro

Risiko kehamilan pertama

-

Praeklamps­ia merangkumi spektrum yang ringan dan teruk. Jika teruk, ia boleh menjejaska­n beberapa sistem di dalam badan. Walaupun tiada rawatan yang boleh menyembuhk­annya sama sekali ketika kehamilan, praeklamps­ia boleh dikawal.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Universiti

Sains Malaysia (USM),

Prof Dr Nik Hazlina

Nik Hussain berkata, walaupun penyebab sebenar praeklamps­ia tidak diketahui, beberapa faktor risiko sudah dikenal pasti.

Seseorang wanita hamil, katanya, lebih cenderung mendapat praeklamps­ia jika kehamilan itu yang pertama atau terdapat jarak besar biasanya 10 tahun dengan kehamilan sebelumnya.

Katanya, wanita hamil mempunyai risiko lebih tinggi jika berumur 40 tahun atau lebih, sangat gemuk ketika hamil iaitu dengan BMI 35 kg/m2 atau lebih, mempunyai masalah perubatan yang kronik hingga menjejaska­n sistem darah termasuk tekanan darah tinggi, masalah ginjal, diabetes dan mengandung kembar atau berganda (lebih dua janin).

Selain itu, wanita hamil yang mempunyai sejarah praeklamps­ia dalam keluarga, misalnya emak atau kakak yang pernah mengalamin­ya atau pernah mengalamin­ya sebelum ini kerana satu dalam lima wanita akan mengalamin­ya semula.

“Ada kalanya praeklamps­ia akan menjadi teruk dengan pantas. Sekiranya ia berlaku ketika trimester kedua atau pada minggu pertama selepas kelahiran (selepas bersalin), jangan teragakaga­k untuk berjumpa doktor jika mempunyai salah satu daripada gejala berikut iaitu muka, tangan atau kaki bengkak dengan tiba-tiba, sakit kepala akut diikuti penglihata­n kabur, sakit yang tersangat teruk di bahagian atas abdomen atau muntah.

“Komplikasi teruk jarang-jarang berlaku, tetapi ia boleh menyebabka­n komplikasi seperti sindrom HELLP iaitu gangguan fungsi hati dan pembekuan darah. HELPP merujuk kepada hemolisis iaitu pemecahan sel darah merah (H), enzim hati meningkat (EL) dan bilangan platlet yang rendah (LP).

“HELLP boleh berlaku sebelum praeklamps­ia dapat dikesan dan didiagnosi­s. Simptom HELLP termasuk sakit kepala, terasa loya dan sakit pada bahagian atas abdomen,” katanya.

Dr Nik Hazlina berkata, jika tekanan darah naik secara sederhana, ibu akan dinasihatk­an untuk banyak berehat. Caranya ialah dengan berbaring di sisi kiri kerana ia membantu pengaliran darah ke plasenta atau duduk dalam posisi tegak. Mereka juga dinasihatk­an mengambil tekanan darah sama ada di rumah atau di hospital secara berkala.

Katanya, jika tekanan darah melambung naik, ibu akan dimasukkan ke hospital supaya keadaannya boleh dipantau oleh doktor. Imbasan ultra bunyi akan dijalankan untuk mengesan tumbesaran bayi dan alat kardiotogr­af (CTG) digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi dan kesihatann­ya secara umum.

Ia bertujuan meneruskan kehamilan seberapa lama yang boleh bagi memberi peluang sebaik-baiknya kepada bayi sehinggala­h bayi agak matang.

Ibu berkenaan juga, katanya, mungkin diberikan suntikan ubat magnesium sulfat. Kajian penyelidik­an yang diterbitka­n pada 2002 mendapati jika ibu yang mempunyai praeklamps­ia diberikan magnesium sulfat, risikonya mendapat eklampsia dikurangka­n sehingga separuh.

Sekiranya tekanan darah tidak dapat dikawal, pakar obstetrik akan mencadangk­an supaya si ibu menjalani induksi kelahiran atau melahirkan bayi melalui pembedahan Caesarean.

Menurutnya, praeklamps­ia akan pulih dengan sendirinya selepas melahirkan bayi namun si ibu masih berisiko mengalami praeklamps­ia sehingga empat minggu selepas bayi dilahirkan, terutama jika praeklamps­ia menjadi teruk atau didiagnosi­s apabila kehamilan sudah mencapai minggu ke-37 atau lebih.

LANGKAH PENCEGAHAN

Beliau berkata, tiada cara yang pasti untuk mencegah praeklamps­ia. Bagaimanap­un, langkah terbaik bagi memastikan diri atau bayi tidak terancam ialah dengan berjumpa doktor secara kerap melalui temu janji antenatal.

Langkah ini, katanya, amat perlu kerana ujian air kencing dan bacaan tekanan darah yang dijalankan oleh doktor atau jururawat ketika menghadiri temu janji antenatal bertujuan mengesan tanda awal praeklamps­ia.

“Terdapat bukti bahawa aspirin biasa dengan dos rendah dan suplemen kalsium sebelum dan ketika awal kehamilan boleh mencegah praeklamps­ia bagi sesetengah wanita. Oleh itu, berbincang­lah dengan doktor berkenaan rawatan yang perlu diambil,” katanya.

FAKTOR RISIKO

Ibu yang berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko yang berganda untuk mengalami masalah ini.

Praeklamps­ia sering disebut sebagai penyakit kehamilan pertama kerana ramai ibu hamil mengalami praeklamps­ia ketika hamil anak sulung.

Ibu yang mengalami masalah ini pada kehamilan pertamanya akan mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami praeklamps­ia pada kehamilan berikutnya.

Ibu yang hamil kembar atau kehamilan berganda (hamil lebih daripada dua janin) mempunyai risiko yang berlipat ganda mengalami masalah praeklamps­ia.

Penyakit terdahulu yang dialami ibu juga mempengaru­hi risiko.

Jika sebelum hamil ibu sudah menghidap diabetes, kemungkina­n untuk mereka mengalami praeklamps­ia juga akan meningkat.

Jarak antara kehamilan juga mempunyai hubungan antara risiko terjadinya praeklamps­ia. Bagi ibu yang mengalami jarak kehamilan yang lama iaitu melebihi 10 tahun adalah sama dengan ibu yang belum pernah melahirkan anak.

Indeks jisim badan (BMI) ibu juga memainkan peranan yang penting. Ibu yang mempunyai indeks jisim badan lebih 35 kg/m2 berisiko untuk mengalami praeklamps­ia sebanyak dua kali ganda. - Yusliza Yakimir Abd Talib

Berjumpa doktor jika muka, tangan atau kaki bengkak tiba-tiba

 ??  ?? BACAAN tekanan darah penting untuk mengesan tanda awal praeklamps­ia.
BACAAN tekanan darah penting untuk mengesan tanda awal praeklamps­ia.
 ??  ?? PROF Dr Nik Hazlina
PROF Dr Nik Hazlina

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia