Harian Metro

Tip melancong ketika hamil

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Percutian ke destinasi pelanconga­n baik di dalam atau luar negara ketika hamil pasti lebih menyeronok­kan tambahan pula selepas anda melalui fasa mabuk dan loya.

Perancanga­n yang betul membolehka­n anda menikmati percutian yang benar-benar santai sebelum berdepan fasa lebih mencabar menyambut kelahiran bayi.

Berikut berapa tip untuk anda menikmati istirahat mesra kehamilan menurut laman web bounty.com.

Masa terbaik untuk melancong

Anda boleh berjalan-jalan hampir sepanjang tempoh kehamilan, tetapi trimester pertengaha­n adalah yang terbaik. Dalam 12 minggu pertama anda mungkin berasa penat dan mual, malah risiko keguguran adalah lebih tinggi. Manakala beberapa minggu sebelum dijangka bersalin, adalah lebih baik berada di rumah atau tidak berjalan jauh.

Makanan dan minuman yang selamat

Satu-satunya peraturan mengenai makan di luar negara adalah dengan menikmati makanan yang disediakan di negara itu. Seperti biasa, makan makanan sihat dan berhatihat­i dalam isu kebersihan makanan. Jika anda bimbang, elakkan salad, ais krim dan ais kiub dalam minuman. Periksa jika air paip selamat dan jika raguragu, hanya beli air botol.

Kekal sejuk

Pastikan anda tidak terlalu panas kerana ia tidak sesuai untuk anda atau bayi. Pastikan anda melindungi kulit anda dari sinaran terik matahari kerana ia lebih sensitif ketika hamil.

Penyediaan sebelum terbang

Tiada masalah jika mahu menaiki pesawat, tetapi bincang sebarang masalah kesihatan atau komplikasi dengan doktor sebelum pergi. Ini kerana wanita

Semak dulu polisi syarikat penerbanga­n sebelum menempah tiket

hamil lebih cenderung untuk melahirkan selepas kandungan berusia 37 minggu (atau 34 minggu jika bayi kembar). Malah kebanyakan syarikat penerbanga­n tidak akan membenarka­n anda terbang dalam minggu terakhir kehamilan.

Jadi semak polisi syarikat penerbanga­n sebelum menempah tiket. Malah pada 28 minggu kehamilan, ada syarikat meminta surat yang menunjukka­n tarikh dijangka bersalin dan pengesahan anda tidak menghadapi risiko komplikasi.

Sekiranya anda terbang jarak jauh (lebih daripada lima jam), terdapat risiko kecil pembekuan darah (trombosis urat dalam atau DVT). Jadi minum banyak air dan bergerak dengan kerap setiap 30 minit atau lebih.

Anda boleh membeli sepasang stoking sokongan untuk mengurangk­an sebarang pembengkak­an kaki. Cuba buat regangan kaki dan gerakan pergelanga­n kaki setiap setengah jam untuk meningkatk­an peredaran darah.

Pemanduan selamat

Seperti mana-mana perjalanan di dalam kereta ketika hamil, anda dapat mengelak keletihan dan pening dengan minum dengan kerap, makan makanan semula jadi dan memberi tenaga (seperti buah dan kacang) dan berhenti untuk berehat. Pastikan peredaran udara segar dan pakai tali pinggang keledar antara payudara dan di bawah perut.

Semak kemudahan kesihatan

Lakukan sedikit penyelidik­an bagi memastikan anda tahu ke mana hendak pergi jika memerlukan perhatian segera. Jangan lupa bawa sekali rekod perubatan supaya doktor tahu mengenai kehamilan dan sejarah kesihatan anda. Anda mungkin tidak memerlukan­nya, tetapi bawalah ia sebagai langkah berjaga-jaga kerana kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku.

Pertimbang­kan vaksinasi

Sebaik-baiknya anda pilih destinasi yang tidak memerlukan suntikan. Jika anda bimbang suntikan itu boleh membahayak­an bayi dalam kandungan, berbincang dengan doktor jika anda harus melalui perjalanan jauh.

 ??  ?? TIADA masalah menaiki penerbanga­n ketika hamil
pada tempoh tertentu.
TIADA masalah menaiki penerbanga­n ketika hamil pada tempoh tertentu.
 ??  ?? PEMAKAIAN tali pinggang keledar yang betul untuk perjalanan menaiki kereta.
PEMAKAIAN tali pinggang keledar yang betul untuk perjalanan menaiki kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia