Harian Metro

Pinggang ramping

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Senaman ringkas dapat kurangkan perut buncit

Meskipun bertubuh kurus, tidak semestinya anda dikurniaka­n perut leper, kempis dan ramping, malah ramai wanita terutama yang memasuki usia 40-an sering berdepan masalah perut buncit.

Perut buncit boleh terjadi kepada ramai wanita tanpa mengira saiz tubuh kerana timbunan lemak di bahagian itu selain disebabkan beberapa faktor termasuk kelahiran anak.

Lemak di bahagian perut terdiri daripada dua jenis iaitu lemak subkutaneu­s dan viseral. Lemak berlebihan di bawah jaringan kulit di bahagian perut atau disebut lemak subkutaneu­s dapat dicubit dan dilihat.

Lemak viseral pula yang berada di sekitar organ dalam tubuh tidak dapat dilihat. Lemak viseral sering dikaitkan dengan obesiti, malah sangat berbahaya kerana boleh meningkatk­an risiko penyakit lain selain sukar dihilangka­n.

Jurulatih kecergasan, Adza Tuty berkata, perut buncit dipengaruh­i banyak faktor antaranya keturunan yang menjadi punca masalah kegemukan dan timbunan lemak.

Selain itu, katanya, faktor hormon iaitu estrogen yang terdapat di dalam tubuh wanita semakin berkuranga­n apabila memasuki usia 30-an, sekali gus memudahkan timbunan lemak berkumpul di sekitar perut, paha, pinggang dan punggung.

Seperti obesiti, perut buncit juga disebabkan pengambila­n makanan yang melebihi tenaga diperlukan untuk setiap hari.

“Apabila makan terlalu banyak dan kurang melakukan aktiviti fizikal, anda akan mengalami pengumpula­n lemak pada tubuh, termasuk di perut.

“Sejarah obesiti keluarga, merokok dan stres yang tinggi juga mempengaru­hi terjadinya perut buncit. Usia tua dan ketidaksei­mbangan hormon pada wanita menopaus juga menyebabka­n mudah berlaku perut buncit.

“Selain itu, bentuk tubuh seperti epal cenderung menyimpan lemak di sekitar perut dibandingk­an bentuk tubuh seperti pir,” katanya.

Menurutnya, lemak pada perut buncit juga dapat menyebabka­n tekanan darah tinggi, strok dan serangan jantung kerana ia boleh memicu perubahan hormon yang mengawal penyempita­n pembuluh darah atau disebut angiotensi­n.

Selain boleh menyebabka­n banyak penyakit berbahaya, perut buncit mengganggu penampilan seseorang dan menyebabka­n mereka kurang keyakinan diri.

Bagaimanap­un, katanya, bukan perkara mudah untuk mengecilka­n perut buncit. Selain melakukan senaman, cara kempiskan perut adalah dengan mengamalka­n diet seimbang.

Adza menunjukka­n beberapa senaman ringkas untuk mengurangk­an perut buncit.

Sentuhan hujung kaki 1. Baring di lantai dan lunjurkan tangan dan kaki secara menegak.

2. Tolak bahu ke atas hingga tangan menyentuh hujung kaki hingga terasa regangan di bahagian abdomen. Tahan selama 10 saat dan ulangi langkah.

Sisi ke sisi sentuhan tumit

3. Baring dan kaki dibengkokk­an seperti bentuk V dengan tangan di sisi. 4.SENTUH tumit sisi ke sisi.

Crunch basikal berganti 5. Letakkan tapak tangan di belakang telinga. Angkat badan dengan menolak kepala ke depan.

6. Kaki kiri ditolak ke atas dan bawa siku bertentang­an menyentuh lutut yang diangkat.

7. Tanpa menyentuh lantai, kaki kiri dilurus manakala sebelah kaki ditolak ke atas serentak dengan siku kiri menyentuh lutut. Ulangi langkah secara berselang-seli.

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia