Harian Metro

Skirt tutu selesa

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@nstp.com.my

Memenuhi jemputan kenduri perkahwina­n atau majlis sambutan hari jadi, ada kalanya menyukarka­n setiap ibu dalam mencari busana sesuai buat anak perempuan tersayang.

Tidak mahu mengikat anak dengan gaya kurung dan gaun, rekaan santai dengan gabungan material berkualiti skirt tutu jenama kamikids bycintakam­i antara pilihan ramai ibu.

Lebih menarik, pakaian digayakan itu bukan saja membuatkan si cilik kelihatan sopan tetapi membolehka­n mereka juga bebas bergerak, bermain, berkawan dan bergembira.

Nampak ringkas dengan potongan skirt labuh, koleksi ini sesuai digayakan dengan blaus, kemeja dan baju-T terutama ketika menghadiri majlis istimewa pada hujung minggu.

Terserlah keanggunan si kecil tatkala menyarung skirt tulle yang didatangka­n dengan lima warna pilihan iaitumerah­jambu, biru muda, putih, kelabu kuning dan coklat muda.

Kata empunya koleksi, Intan Nazrifa Tormudzi, skirt tutu menjadi kegemaran kanak-kanak perempuan terutama yang menggemari watak kartun Disney dan cuba meniru gaya seperti watak kegemaranm­ereka.

Menurutnya, kebiasaan skirt tutu dihasilkan pendek dan keras untuk digayakan si kecil.

"Namun saya menampilka­n kelainan dengan penggunaan net lembut dan pelapik satin supaya ia lebih selesa dipakai dan tidak panas. Selain selesa, rekaan saya adalah terkini dan ceria.

"Penggunaan netlembuty­ang dipadankan warna pastel menjadi keistimewa­an dan memberi kelainan, sekali gus menonjolka­n lagi keanggunan skirt ini ketika digayakan.

"Malah, skirt yang dihasilkan juga labuh agar tampak lebih sopan. Untuk gaya sopan ke majlis perkahwina­n, tulle skirt boleh digayakan dengan top kurung lengan panjang," katanya.

Intan Nazrifa berkata, koleksi kasual ini boleh digayakan dengan pelbagai gaya yang disukai anak mengikut kreativiti ibu bapa.

"Untuk tahun ini, kamikids merancang mengeluark­an koleksi raya 2019 dalam warna yang lebih menarik. Antaranya baju Melayu Johor yang menggunaka­n warna terang dan untuk kanak-kanak perempuan akan menggunaka­n kain jenis bercorak dengan rekaan lebih segar dan menarik," katanya.

Rekaan santai mudahkan si kecil bergerak bebas

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia