Harian Metro

KIAN HAMPIR

- AFP

Dustin Johnson semakin hampir untuk menjulang gelaran Jelajah AS PGA buat kali ke-20 sepanjang kariernya selepas mencatat lima di bawah par 66 sekali gus mendahului pesaing terdekat, Rory McIlroy dengan kelebihan empat pukulan di Kejohanan WGC-Mexico.

Secara keseluruha­n, Johnson mengumpul

16 di bawah par

197 di kejohanan

 Johnson bakal julang gelaran Jelajah AS PGA buat kali ke-20

yang berlangsun­g di Club de Golf Chapultepe­c manakala McIlroy mencatat tiga di bawah par 68 untuk keseluruha­n 201 pukulan.

Ketinggala­n tiga pukulan di belakang ialah juara Masters, Patrick Reed, Patrick Cantlay, Sergio Garcia dan Cameron Smith sambil cabaran Tiger Wood, semakin pudar selepas sekadar melakukan double bogey serta bogey di lubang 15 dan 16.

Reed memulakan hari ketiga dengan tujuh di bawah 64, manakala Cantlay (65) serta Smith (68) dan Garcia (69).

Johnson pula membenam eagle di lubang 2 apabila pu- kulan tee yang dilakukann­ya berhenti kira-kira empat kaki dari lubang.

Tetapi kelebihan lima pukulan yang dimilikiny­a merosot kepada dua apabila mencatat double bogey di lubang 10.

Ia adalah kesilapan pertamanya minggu ini dan Johnson menebus kesilapan itu dengan empat birdie bagi mengukuhka­n kembali pendahulua­nnya.

“Saya beraksi baik,” katanya. “Persembaha­n saya di sembilan lubang pertama cukup menjadi walaupun ada beberapa ketika saya terlepas membuat birdie.

“Walaupun saya melakukan kesilapan di lubang 10, saya tidak bimbang kerana ia bukanlah terlalu buruk.

“Saya tidak membiarkan kesilapan itu menjejaska­n permainan saya,” kata Johnson. “Saya sedar banyak lagi lubang di mana saya boleh melakukan birdie.”

McIlroy membenam tiga birdie dan tiga bogey di sembilan lubang pertama.

Selepas gagal membenam par di lubang 14, dia kembali dengan birdie di lubang 15 dan 16, sekali gus terus mengejar Johnson.

“Saya akan tetap berjuang,” kata McIlroy. “Pukulan saya mungkin tidak begitu baik beberapa hari ini tetapi saya masih boleh bertahan.”

McIlroy berkata, lapangan yang terletak 7,800 kaki dari aras laut itu semakin sukar menjelang tengahari.

“Permukaan fairway dan green semakin keras,” katanya. “Kedudukan fairway seolah-olah semakin sempit.

Ada kalanya sukar untuk saya mendaratka­n bola di kedudukan yang dikehendak­i.

“Pusingan akhir esok akan lebih sukar lagi.”

 ??  ?? MCILROY
MCILROY
 ??  ?? AKSI Johnson di pusingan ketiga, Kejohanan WGC-Mexico kelmarin.
AKSI Johnson di pusingan ketiga, Kejohanan WGC-Mexico kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia