Harian Metro

POCHETTINO EMOSI

- AFP

 Pengendali Spurs tak puas hati dengan mutu pengadilan Dean ketika bertandang ke Burnley

London

Mauricio Pochettino menghambur­kan rasa kurang senangnya terhadap pengadil, Mike Dean selepas peluang Tottenham untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris, tersekat apabila tumbang 1-2 kepada Burnley.

Sebelum perlawanan yang berlangsun­g di Turf Moor itu, skuad kendalian Pochettino berpeluang untuk merapatkan jurang kepada dua mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Begitupun, sebaliknya berlaku apabila kelab dari London itu tampil dengan persembaha­n longlai yang menyaksika­n Burnley meledak gol pembukaan menerusi Chris Wood pada babak pertama.

Tetapi kontrovers­i tercetus membabitka­n jaringan Wood yang berpunca daripada sepakan sudut di mana Tottenham merasakan ia tidak sepatutnya diberikan kepada pihak lawan.

Tottenham kemudian menyamakan kedudukan menerusi Harry Kane yang memanfaatk­an kesilapan pemain Burnley.

Begitupun, mereka terpaksa membayar harga yang mahal susulan kerapuhan barisan pertahanan apabila tuan rumah meledak gol kemenangan, tujuh minit sebelum aksi berakhir.

Pochettino dilihat gagal mengawal emosinya di sepanjang perlawanan dan pada satu ketika, beliau cuba berbalah dengan Dean dan pembantuny­a di atas padang.

Rakaman televisyen turut memperliha­tkan Pochettino dan pembantuny­a, Jesus Perez berkata sesuatu kepada Dean dan protesnya berterusan sehingga ke terowong stadium.

Begitupun, Pochettino enggan mengulas tindakanny­a itu sebaliknya mengakui kelemahan karektor pasukannya yang disebabkan tekanan daripada pemburuan kejuaraan sebagai punca.

“Jika kami tidak menang, kami kini tidak memikirkan yang kami adalah pencabar sebenar. Ia satu peluang besar yang kami sia-siakan,” kata Pochettino.

“Apabila anda merasa amat kecewa dan sedih, anda akan melakukan kesilapan. Kami melakukan kesilapan di atas padang dan saya melakukan beberapa kesilapan selepas itu.”

Insiden berkenaan jelas akan berada dalam laporan pengadil yang menyaksika­n pengurus kelahiran Argentina itu mungkin berdepan hukuman penggantun­gan.

“Ada banyak wayar yang berselirat di kepala saya. Ia pelik dan aneh dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Pochettino.

“Beberapa perkara bodoh boleh berlaku dan anda bertindak balas. Saya tidak pernah hilang kawalan tetapi saya perlu mendapat keputusan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia