Harian Metro

Prestasi melonjak

- AFP

 Messi bantu Barca atasi Sevilla, ledak hatrik ke-50

Lionel Messi meledak hatrik ke-50 sepanjang kariernya ketika membantu Barcelona mengatasi

Sevilla 4-2 awal pagi semalam, sekali gus meningkatk­an peluang pasukannya untuk mempertaha­nkan gelaran La Liga.

Selepas beberapa aksi longlai termasuk seri tanpa jaringan dengan Lyon di pentas Eropah minggu lalu dengan aksi Messi dianggap kurang menyerlah tetapi kelab gergasi Sepanyol itu membuktika­n mereka lebih baik di Ramon Sanchez Pizjuan ketika dua perlawanan menentang seteru utama, Real Madrid makin hampir.

Selepas menjaringk­an 11 gol dalam sembilan perlawanan, masalah ketegangan otot menyaksika­n bintang Argentina itu sekadar meledak satu gol dalam empat perlawanan terakhir yang memberi petanda dia mungkin sudah terlalu letih.

Begitupun, Messi kembali ke tahap terbaik apabila menjaringk­an hatrik ke-44 miliknya untuk Barcelona, sekali gus menyertai bekas pemain Real, Cristiano Ronaldo sebagai penjaring hatrik terbanyak di Sepanyol setakat ini.

“Kami tidak boleh sentiasa berada di tahap terbaik kami,” kata

Messi selepas perlawanan.

“Kami tiba daripada perlawanan yang... untuk berkata jujur, kami tidak bermain permainan terbaik kami. Jika permainan itu lancar, lebih mudah untuk menjaringk­an gol.”

Selepas menyumbat gol pada minit ke-26 serta 67 sebelum melengkapk­an hatrik pada minit ke-85, Messi kemudian membuat umpanan terhadap Luis Suarez pada masa kecederaan bagi melengkapk­an keempat-empat gol Barca.

Sevilla begitupun terlebih dulu mendahului menerusi jaringan Jesus Navas pada minit ke-22 sebelum mendahului permainan buat kali kedua menerusi Gabriel Mercado, tiga minit sebelum babak pertama berakhir.

Kekalahan menyaksika­n peluang Sevilla untuk menghuni kedudukan empat terbaik La Liga bertambah sukar dengan mereka ketika ini ketinggala­n dua mata di belakang Getafe yang berada di tangga keempat.

“Kemenangan ini tidak bermakna kami hampir memenangi gelaran tetapi ia adalah kemenangan yang penting,” kata Messi. “Perjalanan akan bertambah sukar menuju penghujung saingan dan tidak mudah untuk beraksi di sini. Hari ini kami menjadi diri kami yang sebenar.”

 ??  ?? SUAREZ
NAVAZ MESSI (atas) meraikan jaringan dengan Ousmane Dembele.
SUAREZ NAVAZ MESSI (atas) meraikan jaringan dengan Ousmane Dembele.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia