Harian Metro

Wajar beri pencen

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@mediaprima.com.my

 Ia berikutan isu kebajikan atlet jadi tumpuan sekarang

Langkah memperluas­kan pemberian pencen kepada atlet sukan yang tidak ke Olimpik atau Paralimpik adalah sesuatu yang wajar dilaksanak­an Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS).

Menurut pemerhati sukan tempatan, Ahmad Faisal Mohamed Fiah ia adalah masa yang tepat untuk melaksanak­annya susulan isu kebajikan atlet yang semakin menjadi tumpuan sejak kebelakang­an ini.

“Mereka sudah menyumbang keringat untuk negara, jadi tidak salah kita kembalikan atau membalas jasa mereka dengan memberikan sesuatu yang berkekalan sehingga akhir hayat,” jelas pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA itu.

Beliau diminta mengulas cadangan Presiden Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM), Nik Razeen A Daud yang berharap pencen di bawah Skim Imbuhan Tetap Olimpik dan Paralimpik (SITO) yang dikhususka­n

(gambar),

kepada pemenang pingat Olimpik turut disalurkan kepada sukan yang tidak tersenarai ke temasya itu terutamany­a yang sudah bergelar juara dunia.

Pemenang emas di Olimpik dan Paralimpik akan mendapat elaun bulanan berjumlah RM5,000, perak RM3,000, manakala gangsa

RM2,000 yang diterima sepanjang hayat.

Ia turut disokong pemenang tiga kali Mr

Universe,

Syarul Azman

Mahen Abdullah yang berpandang­an ia boleh dipanjangk­an kepada mereka yang turut menjulang nama di peringkat dunia.

“Saya turut senada... mungkin ada mekanisme tertentu boleh diambil kira dalam usaha membolehka­n pencen diberikan kepada mereka. Mungkin boleh ambil kira tempoh mereka mewakili negara atau diukur berdasarka­n pencapaian. “Walau apa cara sekalipun saya berpandang­an ia boleh dilaksanak­an terutamany­a dengan situasi semasa yang

berlaku dalam arena sukan negara membabitka­n tiga bekas atlet paracyclin­g baru-baru ini yang terpaksa menjual jambu tepi jalan dan mencari kerja sehingga ke Singapura.

“Saya pasti kebanyakan ibu bapa di luar sana mahu menggalakk­an anak mereka menjadi atlet sehingga peringkat tertinggi, namun dengan wujudnya beberapa isu sejak kebelakang­an ini membabitka­n kebajikan, ia pasti menimbulka­n ketakutan dan kebimbanga­n.

“Jadi langkah memperluas­kan pencen adalah salah satu cara menyuntik kembali keyakinan ibu bapa. Kita tidak mahu pada masa akan datang atlet yang menyumbang jasa kepada negara terpaksa merempat, meminta sedekah dan berada dalam situasi menyedihka­n.

“Malah idea yang bagus seperti ini seharusnya diperhalus­i dan diperluask­an kepada semua atlet sekiranya menepati syarat yang ditetapkan,” jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia