Harian Metro

Usaha berganda Azizul ke Tokyo

-

Kuala Lumpur: “Mata berganda, usaha berganda.” Itu gambaran mengenai usaha jaguh trek negara, Azizulhasn­i Awang untuk memburu tiket Olimpik Tokyo dan podium di Kejohanan Trek Dunia di Poland bermula Rabu ini.

Saingan yang mengumpulk­an jaguh seluruh dunia berkenaan bakal menjadi tumpuan apabila kerana bukan saja menawarkan gelaran juara dunia, malah mata yang ditawarkan adalah berganda untuk menentukan ranking ke

Olimpik

Tokyo.

“Kali ini amat sengit kerana

(gambar)

mata berganda yang ditawarkan untuk ranking Olimpik. Saya jangkakan tiada negara akan mempamerka­n dominasi seperti dulu kerana lebih ramai pelumba terbaik dunia akan memberikan saingan,” jelas juara dunia keirin 2017 itu.

The Pocketrock­etman akan menggalas cabaran negara di Poland bersama-sama Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Zonis yang dijadual menyertai keirin, pecut individu dan berpasukan.

Velodrom di Poland menjadi detik yang indah dalam karier Azizulhasn­i apabila menghadiah­kan pingat pertama Malaysia di Kejohanan Trek Dunia pada 2009 apabila meraih perak dalam pecut individu, manakala Rizal Tisin meraih gangsa dalam satu kilometer ujian masa.

Bagaimanap­un, Azizulhasn­i mengaku perlu berwaspada untuk mengharung­i cabaran pada edisi 2019 selepas dijangkiti virus yang teruk pada 2018 semasa kejohanan di Belanda yang menjejaska­n persembaha­nnya hingga ke Sukan Komanwel.

“Saya rasa antara sebab jatuh sakit musim lalu adalah kerana "chronic fatigue". Saya jarang mengambil cuti untuk berehat dan sentiasa berlatih secara berterusan. Selepas menerima nasihat doktor, saya membuat perubahan latihan dan waktu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia