Harian Metro

Sze Fei, Izzuddin sasar layak ke Olimpik Tokyo 2020

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Hampir mara ke separuh akhir dan mengejutka­n pemenang pingat perak Sukan Olimpik London 2012, Mathias Boe-Car sten Mogensen di Masters Sepanyol membuktika­n bahawa pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani semakin menyengat.

Sze Fei-Nur Izzuddin seakan sudah sedar bahawa mereka turut berada dalam perancanga­n ketua jurulatih beregu lelaki negara, Paulus Firman untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Menurut Izzuddin, dari segi permainan di sepanjang kejohanan berkenaan, mereka berjaya memberikan aksi yang lebih kurang sama cuma kekuatan mental yang membezakan kedua-dua pasangan.

“Ketika bertemu Boe-Mogensen, kami akui memang kurang dari segi pengalaman terutama di hujung saingan,” katanya selepas dia dan Sze Fei tumpas 20-22, 21-18, 19-21 kepada pasangan veteran Denmark itu, sekali gus membunuh impian untuk mara ke separuh akhir.

Ujar Izzuddin, walaupun hanya jurulatih perseorang­an lelaki, Indra Wijaya ,yang berada di belakang mereka, ketiadaan pengendali beregu tidak boleh dijadikan sebagai alasan mereka terkandas di suku akhir.

“Mungkin (ketiadaan jurulatih beregu di luar gelanggang) tapi semuanya terletak di atas kami juga apabila dalam permainan. Selepas ini di Terbuka Jerman kami berjanji akan melakukan lebih baik berbanding di Sepanyol, kalau boleh mahu mara lebih jauh,” kata pemain kelahiran Johor itu.

Sementara itu, Sze Fei mengaku mereka sudah memberikan yang terbaik ter utama berdepan Boe-Mor gensen di mana mereka hanya tumpas dengan jurang mata yang sedikit.

“Bagaimanap­un, saya rasa kami masih mempunyai jurang dengan pasangan terbaik dunia yang lain. Paling penting kami harus terus bekerja keras. Secara keseluruha­n kami berpuas hati dengan prestasi di Sepanyol, namun perkara ini sudah menjadi sejarah. Fokus kami adalah untuk kejohanan seterusnya iaitu di Terbuka Jerman,” kata pemain berusia 22 tahun itu.

Jika berjaya melangkah ke separuh akhir di Sepanyol, Sze Fei-Izzuddin akan mengulangi pencapaian mereka di Masters Thailand.

Ketika itu mereka terkandas di separuh akhir apabila tumpas kepada pasangan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han, 21-17, 13-21, 11-21.

Sze Fei-Izzuddin mendapat bye di pusingan pertama Terbuka Jerman dan kejohanan berkenaan akan bermula esok.

 ??  ?? IZZUDDIN (kanan) bersama Sze Fei pamer aksi yang kian menyengat.
IZZUDDIN (kanan) bersama Sze Fei pamer aksi yang kian menyengat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia