Harian Metro

Utamakan tugas negara: Syed Saddiq

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyelar tindakan segelintir kelab dan pasukan negeri yang masih enggan melepaskan pemain mereka untuk menyertai skuad B-22 bimbingan Datuk Ong Kim Swee.

Beliau yang kesal atas insiden itu berkata, keutamaan harus diberikan kepada pemain untuk mewakili negara dan bukan mementingk­an diri sendiri dengan menyekat anak buah masing-masing mengharumk­an nama negara di arena antarabang­sa.

“Jujurnya saya memang kecewa sebab kalau kita lihat kelab di Jepun pun boleh melepaskan pemain mereka mewakili negara tetapi kelab di Malaysia tidak membenarka­n pemain kita bermain untuk peringkat kebangsaan.

“Kalau kelab di Jepun boleh, kenapa Malaysia tak boleh? Ini amemang mengecewak­an kerana sepatutnya kita memberikan keutamaan kepada pemain kebangsaan,” katanya pada sidang media selepas melepaskan peserta acara larian ‘Run, Walk & Plog 2019 anjuran Kelab Rotary Malaysia, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keengganan kelab dan pasukan negeri melepaskan pemain mereka hingga menjejaska­n prestasi skuad B-22 di Piala LG AFF di Kemboja, minggu lalu.

Keadaan itu mungkin berbeza sekiranya Kim Swee dapat menggunaka­n khidmat beberapa pemain tonggak bagi membentuk pasukan lebih ampuh.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, pihak berkaitan perlu lebih prihatin selain perbincang­an bersama perlu dilakukan bagi menyelesai­kan kemelut demi masa depan bola sepak negara. “Selepas ini kelab kena prihatin. Saya faham dan akur menteri tidak boleh campur tangan sangat tetapi saranan dan nasihat boleh dibuat.

“Mungkin perbincang­an bersama badan induk bola sepak peringkat negeri boleh dibuat. Ini penting untuk pastikan situasi ini tidak berulang lagi,” katanya.

Sementara itu, Syed Saddiq menegaskan, kerajaan tidak akan masuk campur lagi dalam urusan tunggakan gaji seperti yang berlaku kepada 18 pemain di bawah Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) hingga mengakibat­kan mereka terpaksa membuat kerja lain bagi menjana pendapatan sampingan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia