Harian Metro

Figueroa gesa JDT tampil lebih garang

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

Johor Bahru: Prestasi tidak menentu Johor Darul Ta’zim (JDT) nyata mengundang rasa kurang senang pengurus pasukan, Luciano Figueroa biarpun menang 2-1 ke atas Melaka United pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, kelmarin.

“Tentunya saya gembira selepas kami menang dalam perlawanan itu. Tiga mata amat penting apatah lagi kami beraksi di laman sendiri.

“Tapi pada babak kedua, kami tidak konsisten dan kerap beri Melaka ruang untuk bergerak sehingga membolehka­n pasukan lawan menjaringk­an gol yang menyebabka­n kami seolah-olah panik.

Sudah tentu saya tidak gemar dengan apa yang diharungi pada perlawanan itu. Itulah bola sepak dan kami kena memperbaik­i apa juga kesilapan kerana kita harus belajar,” katanya.

Figueroa menegaskan, langkah yang perlu dibuat JDT adalah memperbaik­i cara permainan pasukan apabila berdepan lawan yang mengamal corak bertahan selain memikirkan cara untuk memecah benteng pertahanan lawan yang akan memenuhi kotak penalti.

Katanya, setiap pemain JDT harus bijak mencari ruang untuk memecahkan benteng pertahanan lawan dan mengamalka­n permainan terbuka dengan pergerakan bola lebih tersusun dan pantas selain perlu meningkatk­an lagi kualiti permainan.

Mengulas mengenai penampilan pertama pemain import, Leandro Velazquez, Figueroa tidak menafikan kehadiran pemain itu memberi kesan positif.

“Leandro lulus ujian pertama apabila dia memainkan peranan dan anda harus tahu dia baru sehari menjalani latihan bersama JDT sebelum turun menentang Melaka dan saya percaya dalam tempoh seminggu menjelang aksi menentang Selangor, Jumaat ini, dia akan lebih bersedia. “Apapun, kami kehilangan kapten Hariss Harun yang sudah mengutip tiga kad kuning dan tidak dapat turun menentang Selangor manakala Natxo (Insa) dan Mauricio (Nascimento) yang mengalami kecederaan akan diturunkan nanti,” kata Figueroa.

 ?? MOHD AZREN JAMALUDDIN ?? PEMAIN Melaka United, Safiq Rahim (kiri) dikawal ketat Safawi Rasid.
MOHD AZREN JAMALUDDIN PEMAIN Melaka United, Safiq Rahim (kiri) dikawal ketat Safawi Rasid.
 ??  ?? FIGUEROA
FIGUEROA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia